HALAMAN HIBURAN
FILEM 'Dracula Untold' kini sedang dimainkan di beberapa pawagam di Indonesia, sebelumnya Malaysia. Filem ini bercerita tentang Vlad Tepes (dilakonkan Luke Evans), seorang seorang kesatria yang sangat hebat namun dia harus menghadapi seorang sultan jahat yang mengancam seluruh orang di kampungnya.
Filem berkategori 'dark-fantasi-action-horror' ini mengambil setting abad ke-15 mengisahkan Vlad III (Dracula) yang sedang berkuasa di Transylvania kedatangan utusan dari Kesultanan Turki Utsmani yang dipimpin oleh Hamza Bey untuk menyerahkan 1,000 lelaki bagi dijadikan pasukan khas bagi Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad Al Fatih).
Kerana Vlad tidak ingin anak muda Transylvania dilatih seperti dirinya, menjadi mesin pembunuh, dia menolak permintaan itu. Kerana kekurangan jumlah pasukan Vlad menjual jiwanya pada Master Vampire yang akhirnya memberi kekuatan terlarang untuk menghancurkan pasukan Turki.
Akhirnya pertempuran antara Vlad dan Sultan Al Fatih, yang digambarkan dalam kisah ini sebagai sosok yang bengis. Vlad menjual jiwanya menjadi jahat agar boleh menang mengalahkan Al Fatih. Akhirnya, Vlad berjaya mengalahkan Mehmed dan membunuhnya dengan cara menghisap darahnya, cerita pun berakhir.
Memang ini hanya filem, namun sebaiknya umat Islam tidak perlu menonton. Selain, tidak mempunyai nilai ilmiah, filem ini juga hanya mencari rating penonton dengan mengelirukan sejarah sebenar. Ia sebuah penyelewengan. Kisah Sultan Muhammad Al Fatih meninggal digigit vampire ini adalah kisah asbun (asal bunyi).
Sekadar catatan, penerbit filem ini adalah Michael De Luca, selama ini, dia lebih dikenali sebagai penulis filem seram berbanding penulis sejarah. Lelaki berdarah Yahudi ini tidak pernah sedikit pun berpengalaman melakonkan filem-filem sains.
Beberapa filem seram yang pernah digarapnya antara lain Freddy s Dead: The Final Nightmare (horror komedi), Ghost Rider (filem Supranatural), dan Frigh Night (filem Vampire). Selain filem horror, lelaki berumur 49 tahun ini juga terlibat dalam filem mengenai kisah bintang pornografi Eddie Adams di tahun 1997.
Memang helah Hollywood untuk menaikkan jumlah penonton adalah merangka keghairahan. Misi filem ini jelas hanya tersebut. Mencari sebanyak-banyaknya pemasukan untuk balik modal. Dengan memunculkan nama Al Fatih, penerbit ingin mencari pasaran umat Islam, sebagai sasaran kewangan. Filem-filem seperti ini akan banyak ke depannya. Semoga umat Islam memahami pola-pola ini.
Kisah sebenarnya, seperti diketahui umum, Sultan Muhammad Al Fatih adalah pahwalan Islam yang berjaya menakluki Konstantinopel. Panglima muda ini berkali-kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan Kristian Eropah, namun selalu gagal. Al Fatih akhirnya meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Beliau meninggal kerana penyakit radang. Selama masa-masa sakit, Al Fatih tidak pernah menghiraunya kerana kecintaannya. terhadap jihad. Sebagaimana Shalahuddin Al Ayyubi, Al Fatih adalah sosok pejuang Islam yang masih menyisahkan trauma panjang kepada Kristian dan Barat. (IH/hid)
No comments:
Post a Comment