▼
Saturday, November 22, 2014
Hakim Syarie Bebas Tuduhan Khalwat
Hakim Syarie, Zaim Md. Yudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Tidak ada keraguan terhadap dokumen pernikahan yang dikemukakan tertuduh dan ia boleh diterima di mahkamah ini. Dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan diakui oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Johor Bahru.
“Pihak pendakwaan juga gagal membawa dua orang saksi dari Jabatan Agama Islam Daerah Songkhla, Thailand bagi membuktikan dakwaan bahawa sijil nikah atas nama kedua-dua tertuduh yang dikeluarkan oleh jabatan agama itu adalah mencurigakan dan berkemungkinan telah berlaku pemalsuan atau penundaan tarikh.
“Oleh itu, mahkamah dengan ini memerintahkan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya. (Kosmo!)
No comments:
Post a Comment