TERFIKIRKAH kita setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya,
apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT ?
Dengan menyelami, memahami, menjiwai, menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa atau noda.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

- ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Segala rukun di dalam
solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li
(perbuatan) mempunyai pengertian, maksud yang amat mendalam sekali di
sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat
dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT.
Maka amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud. Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina diri” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa..

- “Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
- “Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Darihal Sujud
Semasa malaikat-malaikat
disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud. Tetapi apabila
mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil
tidak sujud. Maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya, jadilah
ia Iblis.
- Sujud pertama taat perintah Allah.
- Sujud kedua syukur sebagai hamba kepada Allah.
Semasa Nabi Muhammad
SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit ketiga rupanya malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama-lamanya. Tetapi
setelah Nabi sampai, mereka dikehendaki mengangkat kepala sebagai tanda
hormat.
Apabila Nabi SAW memberi
salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana
menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW. Kemudian mereka sujud semula.
Telah bersabda Rasulullah SAW, bumi seluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi.
- “Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir, kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya”.
Firman Allah SWT yang
bermaksud:
Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna. Setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung.
Apabila merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu juga perlu merasai diri itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini atau meletakkan seluruh dirinya di atas tanah.
- ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna. Setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung.
Apabila merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu juga perlu merasai diri itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini atau meletakkan seluruh dirinya di atas tanah.
Dengan sujud itu bererti
telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu
dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah
sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka
tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang
menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa mengingati mati. Apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah solatnya itu sebagai solat penghabisan tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah.
Ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
Sujud bukan sahaja
mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada
hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Selain itu kesan sujud
yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh
mengelakkan pening kepala dan migrain. Juga menyegarkan otak serta menajamkan
akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti. Terutama ketika
sujud waktu solat Subuh. (IH).
No comments:
Post a Comment