Sunday, November 23, 2014

Ibnu Hasyim Masuk IJN (1): Cucuku Cubitku..


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

BERGURAU dengan cucu. Dia mencubit dada sebelah kiriku. Hingga tiga hari masih terasa sakitnya, bahkan bertambah-tambah sakit selepasnya, membuat aku terasa pelik.

Ku tanyai seorang doktor perubatan, katanya mungkin itu tanda-tanda awal saya mengidap masalah jantung. Aku macam tak percaya.

Ku tanyai lagi..

"Dulu, kira-kira 7 tahun lalu aku sudah tidak boleh 'duduk antara dua sujud' dalam solat, kerana sakit kaki." . 

Waktu itu aku sering ulang alik ke Indonesia. Beberapa  tahun lalu aku pernah terjatuh dalam suatu program di Tanjung Karang, menyebabkan sakit kakiku bertambah parah. Terakhir aku terjatuh di Kalimantan, Indonesia, pada Mac 2012. (Lihat  Kisah Pak Dukun, Ubat Segala Penyakit, Di Badau.) Hal ini membuat aku tidak keluar negara lagi, sementara menunggu kaki yang tempang ini sembuh.

"Apakah ini juga tanda-tanda awal pengidap masalah jantung?"

"Mungkin ya!" Jawab doktor itu. "Datanglah ke hospital kami untuk siasatan!"

Ku cari sedikit info mengenai tanda-tanda awal masalah jantung pada diri seseorang. Antaranya..
  • Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit, berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan).
  • Lidah terasa tegang dan pendek.
  • Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  • Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri). Biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  • Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.
  • Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  • Rasa keletihan sepanjang masa.
  • Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  • Degupan jantung tidak menentu.
  • Nafas terasa pendek.
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  • Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  • Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tiada maya yang teruk.
Nampaknya, tanda-tanda itu  ada pada diriku. Umpamanya selepas cubitan dari cucuku, berlaku ..
  • 'Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.' 
  • 'Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri). Biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
Aku terus ke hospitalnya, buat kajian dan siasatan.  Akhiranya menerima keputusan dengan bukti bergambar dan sebagainya, bahawa .. Tiga saloran di jantungku tersumbat. Satunya tersumbat 100% dan 2 lagi tersumbat anrara 70 ke 80%. 
Saloran ke jantung atau hubungan ke ibupejabat tubuh manusia tersumbat, bererti operasinya akan terhenti, badan akan sudah tidak bernyawa lagi. Kerana itu, sakit jantung dikatakan pembunuh nombor satu negara ini.

Maka aku dicadangkan, membuat rawatan di Institut Jantung Negara atau IJN. IJN terletak di sebelah kiri Jalan Tun Razak KL. merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia. IJN ditubuhkan pada September 1992, dengan kos pembinaan sebanyak RM15.5 juta milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia (99.9 %).

Itu antara sebabnya, mengapa penyiaran Blog Ibnu Hasyim ini terhenti sementara mulai Isnin 20 Oktober lalu. Saya Ibnu Hasyim dimasukkan ke IJN kerana sakit jantung..

Bersambung.


Lihat kisah Ibnu Hasyim di hospital..

 
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com       

12 Nov 2014 KL

17 comments:

Nurul said...

Inshaa Allah, akan dipermudahkan segala urusan tuan haji dan semoga menempuhinya dengan penuh sabar dan redha...

Ali Mahmud said...

Amin.

Anonymous said...

In sya Allah moga Allah permudahkan

MZ abedy said...

Amiiinn.
Ana doakan semoga sihat selalu hendaknya..

Unknown said...

Salam tuan.
Saya telah menjalan open heart by- surgery di IJN pda thun 03 utk 5 artery dn urat yg tersumbat 90+ % semuaya.
Alhamdulillah,,saya bolihlh dikatakn sihat sahingga tika ini.
Syukur masih diredhoi Allah swt utk terus mendidik anak2 masih skolh sabagai ayah tunggal.
Maananya dpt berfungsi saperti kelaziman org lain.
Tuan yakinlh kepakaran yg ada pda IJN kita amat tinggi dn insyaAllah tuan juga akn pulih sihat dlm jagaam mereka.
Saya doakn tuan semboh.
Amin.

Anonymous said...

Syafakallah ibnu hasyim, semuga banyak bersabar .

Anonymous said...

syukur tuan telah sembuh dan masih boleh menulis lagi.......moga Allah permudahkan urusan tuan Haji...

Unknown said...

Moga dipermudahkan segalanya

Anonymous said...

Semoga tuan cepat sembuh dan menulis semula

Anonymous said...

terima kasih pada tun mahathir kerana mengilhamkan ijn

Unknown said...

Semoga diberi kesembuhan

Anonymous said...

didoakan tuan selamt dari rawatan dan sembuh semua dgn izin ALLAH SWT
Hidup berakhir dgn kematian itu pasti..jgn ragu

Tuan teruskan perjuangan utk menegakan AMANAH ..ALLAH dan Manusia sejagat

mohamad said...

cepat cepat sembuh, kalau tak susah nak baca kisah lucah dan tonton gambar lucah. kalau susah sembuh suruh nurse buka lurah dada, terus jadi segar tuuu

Biaqpila said...

Moga dipermudahkan dan cepat sembuh tuan.Aamiin. Salam dari admin biaqpila.

Anonymous said...

Awek Kepala Butuh : Lihat sini

IbnAbdHalim said...

Semoga cepat dembuh. Amin!!!

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih atas doa tuan-tuan. Al-hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails