BEIJING – Seorang jutawan merobohkan rumah-rumah usang milik penduduk di kampung halamannya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi selatan China sebelum membina sebuah kawasan perumahan mewah untuk mereka.
Jutawan itu, Xiong Shuihua (gambar kecil), 54, berkata, dia membina kompleks kediaman mewah bernilai RM21 juta itu sebagai membalas jasa penduduk kampung yang sentiasa melayan keluarganya dengan baik.
Kompleks kediaman itu kini didiami kira-kira 72 keluarga, malah golongan warga emas dan penduduk miskin di situ turut diberikan makanan percuma tiga kali sehari.
Keluarga Shuihua hidup dalam kemiskinan ketika menetap di kampung berkenaan tetapi lelaki itu mula meraih kekayaan selepas membuka kilang besi.
“Saya kini memiliki terlalu banyak wang tetapi saya tetap ingat di mana saya membesar dan kesusahan keluarga saya hadapi sebelum ini.
“Saya mahu membalas jasa penduduk kampung ini kerana mereka pernah membantu saya dan keluarga saya ketika kami miskin dahulu,” katanya. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Inilah contoh orang kaya baik seperti yang dikehendaki oleh agama Islam, mengikut budaya Islam. Di zaman Nabi SAW ada Abdul Rahman bin Auf. Abu Bakar juga kaya harta sebelum menjadi Khalifah Islam. Itu sebab Islam memaksa penganutnya membayar zakat kepada orang miskin. Ada juga sedekah, dam, kafarah, nazar, derma dan lain-lain untuk orang miskin.
No comments:
Post a Comment