▼
Sunday, November 23, 2014
Kartun Tak Berseluar Pula...
Tokoh kartun beruang kuning Winnie the Pooh dilarang di sebuah bandar di Poland. Ini lantaran watak ini tidak berseluar atau setengah bogel.
Akhbar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (21/11), pihak berkuasa Bandar Tuszyn juga menyerang pengasas watak Pooh, Alan Alexander Milne, dan menyebutnya menjijikkan. Awalnya bandar ini mencari figur lucu untuk ditempatkan di pelbagai taman bermain anak. Beberapa warga menyarankan agar memaparkan tokoh popular dan sudah dikenali, salah satunya beruang Pooh.
Namun beberapa ahli parlimen tempatan menolak cadangan itu. Mereka mengatakan Winnie the Pooh membawa pengaruh berbahaya bagi anak-anak. "Satu-satunya masalah beruang itu yakni bajunya tidak lengkap," ujar salah seorang kaunselor Ryszard Cichy.
Setengah bogel jelas tidak sopan bagi anak-anak sementara beruang di Poland seluruh tubuhnya tertutup, memakai baju dari kepala hingga kaki dan bukan seperti Pooh yang hanya menutupi tubuh bahagian pinggang ke atas. Bahkan salah satu kaunselor bernama Hanna Jachimska mengatakan sangat mengutuk penciptanya, Milne yang memotong kelamin si beruang kuning itu dengan pisau cukur hingga Pooh krisis identiti.
Jurucakap untuk Winnie the Pooh berkata memang benar beruang kuning itu tida berseluar dan tidak berkelamin sebab tidak mengajarkan seksualiti pada anak-anak.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Agak-agak kartun separuh bogel ini akan diimport masuk ka Malaysia atau tidak? (IH)
Tuan admin kartun winnie the poh dah lama ditayangkan di Malaysia kalau tak silap ditayangkan pada dekad 1990an
ReplyDeleteT. kasih info tuan.
ReplyDelete