Shams berkata, adalah tugasnya sebagai seorang doktor untuk melakukan 'hijrah'. -Buzzfeed.com
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kita-bertemu-di-jannah-cinta-jihad-wanita-malaysia-dengan-pejuang-isis-44220?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kita-bertemu-di-jannah-cinta-jihad-wanita-malaysia-dengan-pejuang-isis-44220?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kita-bertemu-di-jannah-cinta-jihad-wanita-malaysia-dengan-pejuang-isis-44220?cp
KUALA LUMPUR: Pendedahan sebuah laman web, Buzzfeed pada Khamis menceritakan kisah seorang doktor wanita yang didakwanya dari Malaysia dalam menempuh suka duka sebagai seorang isteri kepada seorang pejuang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Wanita berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Shams, dikatakan seorang anggota ISIS yang aktif dan sering menggunakan media sosial untuk menceritakan kisahnya termasuk propaganda ISIS.
Shams yang menyertai ISIS sekitar Februari 2014, juga menggunakan nama gelaran 'Bird of Jannah', turut mengendalikan blog yang dipanggil 'Diary of a Muhajirah'.
Menurut Shams dalam diarinya itu, adalah tugasnya sebagai seorang doktor untuk melakukan 'hijrah' demi tuntutan agama.
"Saya tidak pernah menyebut tentang hijrah kepada kedua ibu bapa saya sebelum ini. Saya hanya memberitahu mereka semasa saya di Turki. Pada mulanya mereka kecewa, namun selepas itu mereka gembira dan menyokong saya," katanya apabila ditanya tentang reaksi ibu bapanya mengenai penghijrahannya itu.
Menyelam tentang kisahnya, selepas dua bulan berhijrah, dia berkahwin dengan seorang pemuda kumpulan militan dari Maghribi.
Shams menceritakan kisahnya itu menerusi laman blog ini.
Shams yang berkenalan dengan lelaki tersebut menerusi rakan perempuannya, bersetuju meneruskan pernikahannya dengan lelaki itu meskipun kedua mereka belum pernah bersua muka.
"Saya ketakutan... gementar.. takut. Emosi saya bercampur aduk. Apabila dia menyedari kehadiran saya, dia memberi salam dan memperkenalkan dirinya, begitu juga saya.
"Selepas beberapa minit, saya membuka Niqab (kain penutup muka). Dia melihat saya, dan kami bertentang mata... saya berdebar, sangat pantas seperti kelajuan cahaya."
"Dia senyum kepada saya... dan kemudiannya menanyakan soalan yang saya tidak dapat lupakan sepanjang hayat saya."
"Bolehkah kita bernikah hari ini? Selepas Asar?" lelaki itu berkata.
"Jauh di sudut hati saya berkata tidak, namun entah mengapa saya pun bersetuju."
Menurut Shams, pada hari yang sama selepas Asar, dia telah menghubungi bapanya untuk mendapatkan restu, dan kerana bapanya itu adalah walinya. Bapanya bersetuju dan turut kedengaran suara ibunya yang menjerit kegembiraan, tanda persetujuannya.
Dalam kisahnya itu, Shams turut mengakui adakalanya kehidupan sebagai isteri 'mujahid' amat sukar terutama sekali apabila suaminya itu dikehendaki pergi 'berjihad', iaitu berperang dengan 'musuh'. Dia menceritakan kisah salah seorang rakannya yang dikenali dengan Umm Habiba yang kehilangan suaminya selepas 'berjihad'. Namun katanya tiada langsung luahan rasa sedih dari rakannya itu.
Sebaliknya, kematian tersebut disambut dengan kegembiraan... kegembiraan kerana telah menjadi seorang 'Syahid'.
"Semasa saya memasuki rumah rakan saya itu, saya lihat hampir 20 saudara wanita. Tiada siapa yang menangis... kesemua mereka tersenyum. Rumah itu berbau sungguh harum, dan terdapat banyak makanan di atas lantai. Saya terkejut, keliru," kata Shams.
Shams kemudiannya didatangi Umm Habiba yang kelihatan amat ceria serta lengkap berhias dan bersolek.
"Umm al Baraa ya Habibty, suami saya seorang Syahid. InsyaAllah dia sekarang di taman Jannah, berkahwin dengan Hoor-al Ayn. Hari ini merupakan hari perayaan. Hari ini hari gembira. Tiada siapa perlu menangis terutama sekali kamu yang baharu bernikah. Kamu patut sentiasa senyum."
Kata-kata rakannya itu membuatkan Shams atau gelaran barunya Umm al Baraa menangis terharu kerana tidak pernah melihat seorang wanita yang begitu kuat, meskipun ditinggalkan bersama dua orang anaknya oleh suaminya itu.
Shams meluahkan perasaannya setiap kali suaminya pergi 'berjihad'. Foto dari Buzzfeed
Menurut Shams, rakannya itu gembira kerana telah diberitahu ibunya bahawa suaminya telah membeli sebuah rumah di syurga dan sedang menunggu mereka di situ. Katanya berkahwin dengan pejuang ISIS bererti menerima bahawa dirinya akan ditinggalkan setiap kali suaminya pergi 'berjuang', namun matlamat mereka adalah untuk bertemu di Jannah dan bukannya di dunia.
"Jihad adalah isteri pertama saya, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham," kata suami Shams kepadanya.
Shams yang kini hamil itu mengakui, tidak mudah untuk berdepan keadaan itu. Adakalanya dia menulis puisi di laman Facebooknya untuk meluahkan kesedihannya itu, selain merayu kepada suaminya supaya "jangan tinggalkannya terlalu awal".
Selain memuatnaik mesej-mesej di Twitter, Shams juga mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan tentang 'kebaikan' ISIS termasuk mempertahankan tindakan kumpulan itu membunuh wartawan barat.
Akaun Facebooknya juga sering ditutup oleh Facebook itu kerana telah melanggar polisi syarikat itu yang menentang sebarang aktiviti militan. Namun, setiap kali ditutup, Shams tetap membuka akaun baru dan nekad meneruskan 'jihadnya' itu.
Ogos lalu, terdapat laporan media yang mengatakan ada wanita Malaysia yang pergi ke Syria untuk tujuan tertentu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Bagaimanapun pihak polis tidak mendapat sebarang maklumat yang mengatakan aktiviti tersebut ada kaitan dengan penawaran Jihad Al-Nikah atau 'jihad seksual' oleh wanita Malaysia dengan pejuang ISIS.
Namun, laporan The Malaysian Insider pada bulan yang sama mengesahkan terdapat tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan ISIS dan menawarkan 'jihad' seksual. (IH/astroawani.com)
No comments:
Post a Comment