Pekerja warga asing ditahan Jabatan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan.
PUCHONG - Taktik pengusaha sebuah rumah urut menyembunyikan kondom
belum digunakan dalam periuk nasi bagi mengelakkan aktiviti haram mereka
dihidu pihak berkuasa terbongkar apabila premis terbabit diserbu lewat
malam kelmarin.
Dalam operasi bersepadu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MPSJ) bersama Jabatan Imigresen Selangor, satu daripada dua
premis rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan diserbu didapati
mempunyai lesen perniagaan.
Namun pengusaha didapati melanggar syarat sekatan lesen dengan menggaji
wanita warga asing tanpa permit dan menjalankan aktiviti haram dalam
premis.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid
berkata, hasil siasatan di premis pertama mendapati pengusaha premis
menawarkan urutan ‘ping pong’ kepada pelanggan dengan bayaran tertentu.
Atas kesalahan dilakukan tiga set peralatan urut dirampas dan premis
dikenakan tindakan sitaan bawah UUK 13 (K) Undang-undang Kecil Pusat
Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (UUKPKPK) MPSJ 2007.
Azfarizal
berkata, premis kedua yang diserbu didapati beroperasi secara
haram dan turut menggaji wanita warga asing tanpa permit sah. Di premis
itu pengusaha didapati menawarkan khidmat urutan badan ke badan (B2B)
dan pelacuran.
“Anggota menemui kondom belum digunakan disorok dalam periuk nasi,” katanya.
Pengusaha
dikenakan tindakan bawah UUK 3 UUKPK MPSJ 2007 kerana mengendalikan
pusat urut tanpa lesen sah daripada MPSJ. Beliau berkata, tiga daripada
pekerja asing warga China didapati tidak
mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditahan di bawah Seksyen 6(1) (c)
Akta Imigresen Malaysia 1959/63.
Manakala tujuh pekerja warga Vietnam pula ditahan di bawah Peraturan 39
(b) Peraturan-Peraturan Imigresen Malaysia 1963 kerana didapati
menyalahguna pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Masalah kegiatan pelacuran bersembunyi di balik topeng 'rumah urut'.
Cuba tengok bagaimana kerajaan negeri Kelantan selesaikan.
No comments:
Post a Comment