Thursday, November 20, 2014
Lagi Salahguna Pusat Hiburan Sebagai Sarang Pelacur
Sebahagian wanita warga Vietnam ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan di sebuah premis di Taman Johor Jaya, awal pagi, semalam.
Anggota penguatkuasa Imigresen memeriksa dokumen pengenalan wanita warga asing terlibat.
JOHOR BAHRU - Seramai 18 wanita warga Vietnam ditahan ketika sedang melayan pelanggan dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Imigresen Johor di sebuah premis karaoke di Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya di sini, awal pagi semalam.
Serbuan dilakukan pada kira-kira jam 12.20 pagi, semalam selepas beberapa pegawai penguatkuasa melakukan penyamaran sebagai pelanggan bagi mengesan kegiatan yang dilakukan. (IH/SH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment