Monday, November 24, 2014

UMNO: Politik `K', Politik`Y' Pula..



Pemimpin Umno semua peringkat perlu mempunyai formula dua 'K' iaitu "knowledge" atau ilmu dan kemahiran dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat bandar.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, formula politik 'K' itu sangat penting kerana masyarakat bandar adalah golongan yang terdidik dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai isu.

"Bila dalam bandar, orang lebih terdidik. Kepimpinan kita juga mesti lebih berkemahiran, terpelajar ... baru boleh pengaruhi mereka yang ada dalam kawasan kita.
"Saya bukan mahu menidakkan sesiapa, tetapi katakanlah ketua cawangan kita seorang tukang kebun, bolehkah dia diiktiraf sebagai pemimpin kawasan?
"Jawapannya jelas, dalam konteks tertentu kita amat perlukan dia, tetapi dalam konteks pengaruh orang terpelajar, kita kena letak orang yang lebih berintelektual sebagai pemimpin," katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut menekankan aspek 'Politik Y' iaitu membuka lebih ruang kepada generasi muda terlibat dalam Umno.

Najib juga bersetuju dengan lima anjakan agenda yang digariskan Umno Wilayah Persekutuan pada konvensyen itu untuk memperkukuh perjuangan dan pada masa yang sama menjuarai semula hati penduduk di kota.

Katanya segala kerangka strategi baharu itu perlu direalisasikan selepas konvensyen berkenaan yang mencerminkan kesediaan Umno Wilayah berubah di setiap peringkat.

Beliau juga sekali lagi mengajak anggota Umno untuk bermuhasabah diri dan melihat punca kemerosotan sokongan serta pengaruh khususnya daripada kalangan penduduk bandar.
Katanya parti itu masih tidak berjaya menawan kembali hati rakyat di bandar kerana kebanyakan anggotanya hanya menumpukan kepada urusan dalaman parti sehingga gagal bersikap adil dan saksama terhadap rakyat secara keseluruhan.

"Kita mesti berlaku adil dan mesti inklusif, kita mesti sayang kepada Umno. Ini nilai asas. Lihat Umno bukan alat untuk diri, bukan batu loncatan, tetapi sebagai institusi yang menjamin masa depan orang Melayu dan negara," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata lima anjakan itu adalah memperkukuh agama Islam, memantapkan Barisan Nasional, melahirkan lebih banyak idea segar, meningkatkan jurang ekonomi bandar, dan menjadi lebih prihatin kepada masalah rakyat.
-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Baru Masok IJN menulis polemik lagi, harap2 kali kedua Mampuih terus lagi baik.

Anonymous said...

Apa kaitan masuk IJN dgn menulis polemik. Kau ni cuma tahu memaki org lain jer. Padahal diri kau sendiri belum tentu baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails