‘1Malaysia Women Life’ laman forum sêks yang menyalahgunakan slogan 1Malaysia PM, Datuk Seri Najib Razak.
Laman khusus untuk berkongsi pengalaman tidur bersama wanita dengan perkongsian pengalaman lelaki yang pernah mendapatkan khidmat layanan sêks sebagai rujukan. Dengan menggelar diri mereka ‘Cheongster brothers’, laman web berkenaan menyediakan ruang untuk pelanggan menulis pengalaman beraksi dengan gadis-gadis tertentu, lapor The Rakyat Post.
Satu ruangan menterjemah kata-kata akronim juga disediakan, yang merujuk kepada bangsa, bentuk badan, khidmat atau pun perilaku seks wanita terbabit.
- CKT (char koay teow) merujuk kepada wanita Cina,
- NL (nasi lemak) untuk wanita Melayu,
- Tom Yam untuk wanita Thailand dan
- PRC untuk mereka yang datang dari China.
Sehingga kini masih belum dengar apa-apa tindakan di ambil oleh pihak berwajib. (IH)
No comments:
Post a Comment