Sunday, December 14, 2014

Abbas Putuskan Nadi Muslim Gaza. Jahatnya Sekular & Asobiah.

Mahmoud Abbas pembelot

BEGITU jahatnya kerajaan sekular dan asobiyah Palestin. Bila berlaku rancangan kerajaan Mesir untuk menutup terowong Gaza, ia mendapat sokongan penuh dari Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas.  

Tokoh sekular Palestin itu berdalih penutupan terowong Gaza itu untuk mengurangkan perdagangan senjata haram.

"Kami menyokong semua tindakan pencegahan yang diambil oleh kerajaan Mesir untuk menutup terowong (Gaza), menghentikan perdagangan senjata dan juga pergerakan manusia dari Gaza menunju Sinai dan sebaliknya," ucap Abbas, 12 Disember 2014.

Puak haramjadah itu menegaskan, Kerajaan Palestin akan berusaha menyokong semua tindakan yang diambil Mesir, barua Israel itu. Menurut Abbas, sebagai tetangga, Palestin dan Mesir harus saling menyokong, dan juga saling melindungi.

"Kami akan terus menyokong setiap tindakan untuk turut membantu melindungi Mesir dari berbagai macam bahaya," ungkap pembelot itu dalam sebuah wawancara dengan media Mesir.

Terowong Gaza merupakan salah satu jalur yang biasa digunakan oleh muslim Gaza termasuk Hamas untuk menyeberang ke Mesir. Sebenarnya, terowong Gaza adalah nadi atau salah satu sumber penghidupan terpenting Muslim Gaza. Tidak hanya senjata, terowong Gaza juga menjadi laluan bekalan logistik seperti bahan makanan, termasuk kambing lembu pun disalurkan melalui terowong itu


Kemenangan warga Gaza 1 
Berikut foto-foto perayaan kemenangan warga Palestin dari penjajah Israel dalam perang 51 hari di Jalur Gaza sejak 7 Julai lalu.

Kemenangan warga Gaza 8

Kemenangan warga Gaza 12

Kemenangan warga Gaza 7

Selain Muslim Gaza menerima bombardier Israel, mereka juga tetap  menghadapi sekatan dan blockade Israel. Kenyataan Abbas yang setuju kalau terowong Gaza-Mesir ditutup, kian membuka pekong kejahatan penguasa sekular asobiah bedebah itu. 

Setiap hari Gaza tidak lepas dari letupan peluru. Maut amat dekat, musuh di depan mata. Hanya perjuangan Islam HAMAS yang terus mempertahan Islam di bumi Gaza. Hanya parti Islam, bukan parti sekular dan asobiyah. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails