Tuesday, December 02, 2014

Ada Ke Penganut Islam Sunni Di Korea Utara?


KOREA Utara adalah negara yang begitu tertutup dengan dunia luar sehingga sampai begitu sukar mendapatkan maklumat tentang perkembangan di Negara tersebut, apalagi menyangkut tentang Islam.  

Haluan politik Korea Utara sehingga kini masih berhaluan komunis, menjadikan negara tersebut sebagai salah satu dari negara komunis di dunia. Ianya satu etnik dengan negara jirannya, Korea Selatan. Hingga kini masih berstatus gencatan senjata yang ditandatangani tahun 1955, bukan perdamaian. Maka perang boleh meletus pada bila-bila saja. Dunia antarabangsa pula bimbang perkembangan kekuatan bersenjata negara tersebut, utamanya tentang pembangunan senjata nuklear.

Agama-Agama di Korea Utara

Dilaporkan, "Semua warga negara menikmati kebebasan dan mempunyai hak untuk beragama. The Korean Federation of Buddhists, the Korean Federation of Christians dan kumpulan agama lain dengan bangga menjadi sebahagian daripada parti politik dan institusi awam. "

Disebutkan juga "Selama perang Korea, telah terjadi kehancuran luar biasa terhadap kuil, gereja dan tempat tempat suci di Pyongyang dan bahagian lain. Namun selepas itu telah dibina semula beberapa kuil seperti Kwangbop di Pyongyang, Pyohun di Gunung Kumgang, Kuil Pohyon di Gunung Myohyang dan pemulihan kuil kuil Budha lain serta pembangunan gereja."

Di Korea Utara sebelum Perang Korea pada 1950 tercatat jumlah pemeluk agama budha mencapai 10,000,000 pemeluk dan Nasrani sebanyak 10,000 pemeluk. Namun setelah perang korea dan pemerintahan Korea Utara yang ber ideologi komunis menjadi penguasa, kerajaan mewajibkan untuk semua agama berada di bawah organisasi parti pekerja Korea. Sekarang pemeluk agama budha di Korea sekitar 1,000,000 orang, dan pemeluk Nasrani hanya berkisar ribuan orang sahaja.

Untuk agama lain seperti Islam di Korea Utara, penganutnya hanya berasal dari para staff kedutaan dan pekerja organisasi antarabangsa. Rata-rata penduduk di Korea Utara adalah atheis. Jadi pemeluk agama-agama seperti Nasrani dan islam hanya staff dan pekerja organisasi dari luar negara. Semuanya bersatu di bawah persekutuan agama Korea.


Bagaimana Dengan Islam?
 

Memang sangat sukar untuk mendapatkan maklumat tentang Islam di Korea Utara. Cuma bila dilihat laporan PEW Research Center menyebutkan dalam senarainya bahawa di Korea Utara terdapat komuniti muslim sejumlah 2,000 jiwa atau kurang dari 0.1% dari jumlah penduduknya. Hal ini didasarkan pada data tahun 2005.  Tetapi tiada maklumat berkaitan kehidupan muslim disana, sejarah kemasukan Islam, sebaran komunitinya dan lain-lain.

Masjid di Korea Utara

Pyongyang Mosqu. Inilah foto yang disebut sebagai satu satunya masjid di Korea Utara. Lokasinya berada di dalam komplek Kedutaan Besar Iran di kota Pyongyang bertetangga dengan Kedubes Rumania.  

Pyongyang Mosqu. Inilah gambar yang disebut sebagai satu satunya masjid di Korea Utara. Lokasinya berada di dalam kompleks Kedutaan Iran di bandar Pyongyang yang berjiran dengan Kedutaan Romania. Masjid tersebut merupakan satu satunya masjid yang ada di ibu negara dan seluruh Korea Utara. Juga merupakan tempat ibadah ke lima yang ada di bandar Pyongyang.

Sama ada masjid itu dikuasai oleh kaum Syiah Iran, atau Sunni, tidak dapat dipastikan.
 Solat di dalam masjid Seoul, Korea Selatan.

Rujukan:
  • egagung.blogspot.com - Sistem Kebudayaan Korea Utara 
  • nknews.org - iran-buillds-pyongyangs-first-mosque

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails