▼
Tuesday, December 23, 2014
Ahli Parlimen Islam PKR/DAP Menentang Hudud, Kafir?
"TIDAK pelik jika DAP bantah hudud, tetapi amat pelik lagi ajaib jika ada ahli Parlimen Islam dari PKR juga bantah hukum sahih dari Allah taala ini."
Begtu tulis inimajalah.com
Katanya lagi..
Dalam ayat 120, surah al-Baqarah, Allah sudah menyebutkan “orang Yahudi dan Nasrani “tidak sekali-kali” akan setuju dan suka pada Nabi Muhammad saw (dan ajaran yang dibawanya). Ahli Parlimen Islam dari PKR tentu sekali bukan kategori “Yahudi dan Nasrani”, tetapi jika ura-ura ada bantahan oleh kalangan ini terhadap rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) yang akan dibentangkan di Perlimen oleh Pas, anda tahu sendiri mereka kategori mana.
Jika ini menjadi benar dan terserlah, atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud? Besar sangatkah keperluan mengekalkan kerjasama dengan DAP berbanding mendaulatkan hukum Allah taala? Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) akan dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.
Sedikit masa dahulu kita biasa dengar Umno menjadi penghalang dan membantah hudud, malah mereka yang menyokong Umno dianggap kafir kerana parti itu menentang hukum hudud – hukum dari Allah taala. Kini jika ada kalangan ahli Parlimen PKR (dan DAP) beragama Islam turut menentang hudud, mereka juga boleh dianggap kafir!
Betul, rata-rata Ahli Parlimen Islam PKR dan DAP kelihatan memilih “mengunci mulut”. Hati mereka? Hati sayang hudud atau hati sayang kerjasama DAP? Ahli Parlimen Islam PKR dan DAP pernah digelar “Magic 18″ oleh Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng. Beliau pernah dilaporkan meminta kesemua 18 ahli Parlimen itu mengundi membantah rang undang-undang berkenaan.
PKR mempunyai 16 ahli Parlimen beragama Islam sementara DAP (dua) daripada keseluruhan 37 ahli Parlimennya. Rang undang-undang persendirian mengenai hudud itu akan dibentangkan PAS hujung bulan ini dan memerlukan sekurang-kurangnya 112 undi sebelum diluluskan Dewan Rakyat.
Umno mempunyai 88 ahli Parlimen Islam dan Pas (21). Jika digabungkan dengan PKR, masih kurang empat kerusi untuk rang undang-undang itu diluluskan.
Jika ahli Parlimen Islam PKR juga tidak menyokong rang undang-undang hudud itu, jumlah sokongan akan ketara kurang. Isunya, atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud? Besar sangatkah keperluan mengekalkan kerjasama dengan DAP berbanding mendaulatkan hukum Allah taala? Tanya inimajalah.com. lagi.
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?
Pada pendapat saya kurang ilmu ni umat Islam yang menentang hukum hudud tidak kafir tetapi fasiq. Waallahualam.
ReplyDeleteKita sebagai orang Islam (Muslim) wajib mematuhi perintah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.. Keutamaan kita ialah Allah dan rasulNya.
ReplyDeleteOleh sebab itu, kita wajib menolak PKR dan DAP jika mereka menentang hukum Allah!