▼
Sunday, December 14, 2014
Atasi Trafik Jem, Cipta Kereta Terkecil Di Dunia. Lihat Ini..
JOM KREATIF
SEORANG lelaki China membuat kereta terkecil di dunia. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di Bandar Shanghai tempat dia tinggal.
Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (11/12), kereta ini kelihatan mirip kereta mainan namun dilengkapi dengan mesin, perseneling, dan brek. Xu Zhiyun memerlukan masa dua tahun demi mencipta kenderaan bernilai kira-kira RM10,000.
Kereta mini itu terbukti boleh 'menerobos' kesesakan lalu lintas di Shanghai. Dengan panjang 58 sentimeter, tinggi 38 sentimeter, dan lebar 33 sentimeter kereta ini dinobatkan paling kecil sejagat. Tidak hanya dilengkapi mesin, rem, dan perseneling, ada pula lampu serta tanduk. Walaupun begitu masih ada tempat untuk pemain muzik yang memuatkan kira-kira 500 lagu.
"Saya suka merangkai apa pun sejak kecil. Saya juga tertarik dengan kenderaan bermotor selama tiga dekad menceburi bidang ini. Ini hanya sekadar hobi," ujar Xu.
Dia juga mencipta sendiri televisyen dan merancang-cipta seluar.
Kalau di Malaysia ada peluangkah berkreatif begini?
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
Cerita pasal kereta meh visit site terbaik utk spare part kereta di Malaysia. Nama site Ikut Kiri
ReplyDelete