Monday, December 29, 2014

Banjir: Ini Kenyataan Palsu Difitnahkan Kepada Presiden PAS



KL: Tulisan mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan peringatan berkaitan banjir yang meluas tersebar di media sosial ketika ini, hakikatnya sama sekali bukan penulisan atau ucapan beliau.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Tulisan itu sama sekali tidak bersumberkan dari Tuan Guru (Presiden PAS). Sebaran tulisan sebegini yang dikaitkan dengan Tuan Guru secara salah adalah amat dikesali.
"Kenyataan rasmi daripada Tuan Guru mestilah dirujuk disumber dan sebaran rasmi  parti. Harap maklum," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.
"Saya ingin memaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak membuat penulisan dan apa-apa ucapan berkaitan dengan tulisan yang berlegar dalam media sosial yang dirujuk sebagai 'Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Peristiwa besar yang berlaku...'," tulis admin facebook Presiden PAS.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima akaun palsu yang diwujudkan pihak tidak bertanggung jawab atas nama Presiden PAS dengan memuat naik pelbagai status dan sebaran.

Sementara itu, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Mohd Shuhaimi Embong mengingatkan semua pihak agar memastikan kesahihan maklumat disebarkan di media sosial.

Katanya, terdapat banyak maklumat palsu, termasuk juga pihak yang menyamar di mana penyebar dan penerima mesti memastikan kesahihan simpang siur maklumat tersebut. - HARAKAHDAILY 29/12/2014

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkinkah  ia sebuah perancangan yang bukan kebetulan?

 

Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

2 comments:

  1. Hadi Awang takde komen camtu pasal banjir

    dia cuma merapu pasal pilkuda jer

    skali lg dia merapu pasal broka dan pasal barua tuu hahaha

    aku dok tunggu bila dia nok merapu lg, biar soheh dia jd tuan guru hok slalu merapu2

    ReplyDelete