Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Tulisan itu sama sekali tidak bersumberkan dari Tuan Guru (Presiden PAS). Sebaran tulisan sebegini yang dikaitkan dengan Tuan Guru secara salah adalah amat dikesali.
"Kenyataan rasmi daripada Tuan Guru mestilah dirujuk disumber dan sebaran rasmi parti. Harap maklum," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.
"Saya ingin memaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak membuat penulisan dan apa-apa ucapan berkaitan dengan tulisan yang berlegar dalam media sosial yang dirujuk sebagai 'Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Peristiwa besar yang berlaku...'," tulis admin facebook Presiden PAS.
Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima akaun palsu yang diwujudkan pihak tidak bertanggung jawab atas nama Presiden PAS dengan memuat naik pelbagai status dan sebaran.
Sementara itu, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Mohd Shuhaimi Embong mengingatkan semua pihak agar memastikan kesahihan maklumat disebarkan di media sosial.
Katanya, terdapat banyak maklumat palsu, termasuk juga pihak yang menyamar di mana penyebar dan penerima mesti memastikan kesahihan simpang siur maklumat tersebut. - HARAKAHDAILY 29/12/2014
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkinkah ia sebuah perancangan yang bukan kebetulan?
Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
2 comments:
Hadi Awang takde komen camtu pasal banjir
dia cuma merapu pasal pilkuda jer
skali lg dia merapu pasal broka dan pasal barua tuu hahaha
aku dok tunggu bila dia nok merapu lg, biar soheh dia jd tuan guru hok slalu merapu2
Mu yang merapu..
Post a Comment