Friday, December 19, 2014

Banjir Menyerang 3 Negeri Pantai Timur & Selatan Thai.

GAMBAR dari atas menunjukkan pekan Rantau Panjang (atas) dan pekan Sungai Golok, Thailand (bawah) yang ditenggelami air sejak semalam. IHSAN warga Thailand, Padung Wanalak.
 
KL: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam. Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka. 
Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,734 diikuti Kuala Krai (2,722), Tanah Merah (1,366),Machang (1,316 ), Kota Bharu (882), Pasir Puteh (655), Tumpat (126), Bachok (60), Gua Musang (42) dan Jeli (16).
Sementara itu, tiga belas jalan ditutup untuk lalu-lintas untuk semua kenderaan, termasuk di KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal, Kuala Krai dan KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang. Selain itu, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok merekodkan paras bahaya.

Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 9,548 orang daripada 2,733 keluarga yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan hingga jam 12 tengah malam ini. Hulu Terengganu mencatatkan 2,685 mangsa daripada 829 keluarga yang di tempatkan di 34 pusat pemindahan, Besut (2,155 mangsa/565 keluarga/22 pusat), Kemaman (755 mangsa/231 keluarga/17 pusat) dan Dungun (583 mangsa/173 keluarga/14 pusat).

Di Pahang, hanya Kuantan agak terjejas dengan jumlah mangsa pula adalah 831 orang daripada 200 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan . Jalan ditutup pula adalah di KM22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing (untuk kenderaan ringan) dan KM34 Jalan Kuantan-Maran (semua kenderaan).

Di Thailand,  Banjir kilat merendam penempatan warga muslim di Thailand. Hujan lebat dalam beberapa hari terakhir yang mencetuskan banjir besar dan telah menenggelamkan ratusan rumah di bandar Narathiwat.
Hujan deras dalam beberapa hari terakhir yang memicu banjir bandang ini telah merendam ratusan rumah di Kota Narathiwat. Warga muslim Thailand melintasi genangan banjir setinggi paha di tengah hujan semasa banjir melanda bandar Narathiwat di Thailand, Khamis (18/12)
Hujan deras dalam beberapa hari terakhir yang memicu banjir bandang ini telah merendam ratusan rumah di Kota Narathiwat.  Banjir juga telah menenggelamkan sebuah masjid di bandar Narathiwat, Thailand.
Hujan deras dalam beberapa hari terakhir yang memicu banjir bandang ini telah merendam ratusan rumah di Kota Narathiwat.  Seorang wanita warga muslim Thailand menyekat beg saat melintasi genangan banjir yang menenggelamkan kampung mereka di Bandar Narathiwat.
(IH)

3 comments:

Anonymous said...

Merdeka lebih 50 tahun.

Banjir di Pantai Timur tiap2 tahun.

Tak terfikir ke penyokong bee end betapa bengapnya peimimpin bee end.

Tak boleh selesaikan/kurangkan ke masalah banjir ni?????????????????

Habis tak de engineer pandai ke kat negara nie nak design satu projek tebatan banjir yang BERKESAN?

Patut dengan segala data banjir selama lebih 50 tahun dah boleh selesaikan/kurangkan masalah banjir. JPS buat apa???????????????

Buat le temboh penahan ke atau benteng ke... Pasang pam besar gajah 100 biji ke.. Apa2 lah yang sesuai..

Duit ber"billion" buat projek sana sini selama lebih 50 tahun. Ada yang membazir je. Tak boleh ke letak 1 atau 2 billion untuk projek tebatan banjir??????????????????

Silap2 kalau labur untuk tebatan banjir. Duit rakyat dah save dari membayar kos pembaikan dan bantuan masalah banjir selama 50 TAHUN LALU.

Tengok negara maju contohnya Australia. Memang ada banjir... Tapi bukan tiap2 tahun. Kalau kena pun mereka akan buat sesuatu.

Negara Belanda yang paras airnya tinggi pun ada cara nak hidup.

Walaupun bukan Islam. Mereka menggunakan OTAK dan HASIL NEGARA yang dianugerahkan ALLAH untuk selesaikan masalah rakyat.

Pemimpin Pakatan perlu sedarkan penyokong BARISAN. Jika tidak.................. 50 TAHUN LAGI KITA AKAN DENGAR CERITA SAMA.

IKUT LOGIK, RAKYAT PANTAI TIMUR MEMANG PATUT TOLAK BN PRU NANTI.



Anonymous said...

tulah padahnya kalau negara di peritntah pemimpin cap ayam. Cuma pikir nk kaya sdri je. Buat projek pun tak sungguh duit belanja lbh byk msk poket sdri. Tok sah kata kt pantai timur lah yg Smart tunnel pun ntah apa citer...

Ibnu Hasyim said...

Pandangan yang baik dan bernas, dua-dua di atas.

T.kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails