Tuesday, December 02, 2014

Berpakaian Pendek, Pengacara Raw Star Ditampar Penonton.

Pakai baju minim, presenter wanita India ditampar penonton
Gauahar Khan semasa ditampar penonton. ©Independent 

HALAMAN HIBURAN
Pembawa acara dan model India, Gauahar Khan, 24 tahun, terkejut apabila ditampar pipinya oleh salah seorang penonton program televisyen yang dibawakannya.  

Akil Malik (24) merasa pakaian yang kenakan Gauahar pada masa membawa program televisyen pertandingan menyanyi Raw Star terlalu pendek. Oleh sebab itu ia menampar pipi gadis cantik itu.

"Pakaian yang dikenakannya terlalu pendek. Padahal ia seorang muslim. Tidak layak seorang muslim pakai baju seperti itu," ujar Malik memberi alasan ketika ditanya oleh polis Mumbai, seperti lapor akhbar The Independent, Isnin (1/12). 

 
Malik langsung ditangkap dan dihukum atas perlakuannya tersebut.

Sekitar 2,500 penonton dan 250 penjaga ada di studio itu menyaksikan kejadian yang membuat Gauahar terkejut dan malu. Ia sempat menghentikan program acara tersebut kerana terkejut, namun kembali lagi sejam kemudian untuk menyelesaikan acara pertandingan menyanyi itu


Berikut video semasa Gauahar Khan ditampar penonton.


(IH)

No comments:

Post a Comment