Tuesday, December 16, 2014
Cekup Khalwatnya Dirancang, Jawab Artis Ngangkung. Ye Ke?
Pelakon yang pernah popular dengan filem Ngangkung mengaku dialah pelakon yang dicekup khalwat.
HALAMAN HIBURAN
PUTRI Mardiana, 33 dilapor masih sempat lagi menjemput pihak JAIS untuk minum sehingga mereka serba-salah. Katanya ketika kejadian, teman lelakinya, Shahrizam Abdullah atau Ejump hanya masuk untuk minum air.
“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa,” jelasnya dipetik Malaysian Digest.
Mardiana turut mendakwa mereka telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya yang dikatakan cemburu melihat kebahagiaannya. Apabila ditanya mengenai status teman lelakinya ‘suami orang’, pelakon itu memberitahu bahawa Ejump telahpun selesai prosiding perceraian di mahkamah hari ini.
“Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu.
“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.
“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.
“Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.
“Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” katanya. (ekeleh.com)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ye ke, boleh terima alasan ini?
Lihat sebelum ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment