Muslim Xinjiang
Xinjiang: China kembali melakukan tindakan represif kepada muslim Xinjiang. Dalam peraturan baru yang disahkan kerajaan China, kerajaan melarang amalan agama di bangunan-bangunan kerajaan, penggunaan internet dan hape untuk "merosakkan kestabilan negara."
Peraturan disahkan oleh jawatankuasa parlimen Xinjiang pada hari Jumaat lalu, menetapkan hukuman antara 5,000 hingga 30,000 yuan bagi individu yang menggunakan internet, telefon bimbit atau penerbitan digital untuk melemahkan perpaduan nasional, kestabilan sosial atau menghasut kebencian etnik.
Peralatan yang digunakan dalam pelanggaran juga boleh disita, Xinhua News Agency melaporkan pada hari Ahad.
Peraturan yang berkuatkuasa 1 Januari bulan depan, juga melarang pengedaran dan menonton video tentang "agama radikal", baik di dalam tempat ibadah atau di luar tempat ibadah. Warga tidak akan dibenarkan mempraktikkan agama di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah umum, perniagaan atau institusi.
Ibnu Hasyim (kanan) semasa berada di bandar Urumqi beberapa tahun lalu.
Bawah Ibnu Hasyim di pasar malam Urumqi.
Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya..
Kegiatan keagamaan harus dilaksanakan di beberapa tempat berdaftar. Mereka juga dilarang memakai atau memaksa orang lain untuk memakai pakaian atau logo yang berkaitan dengan agama, walaupun jenis pakaian dan logo yang tidak ditentukan, kata akhbar itu.
Xinjiang, rumah bagi orang-orang Muslim Uighur, telah dilanda kekerasan selama bertahun-tahun. Di di sempadan Pakistan, India, Afghanistan dan Asia Tengah yang strategik itu pula terdapat sumber-sumber alam yang luar biasa.
Kumpulan hak asasi manusia mengatakan masalahnya (bukan pada muslim Xinjiang) tapi lebih berkaitan dengan sekatan keras Beijing pada adat agama dan budaya orang-orang Uighur. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
No comments:
Post a Comment