India Today melaporkan, dia dipercayai individu yang berselindung di sebalik nama akaun Twitter @ShamiWitness yang mempunyai lebih 17,700 pengikut dengan tweet yang dilihat mencecah dua juta setiap bulan.
Laporan Channel 4 News pula bagaimanapun tidak mendedahkan nama sebenar Mehdi kerana lelaki itu mendakwa nyawanya akan terancam jika identitinya diketahui umum. Selain itu, laporan itu juga menyebut Mehdi tidak dapat meneruskan hasrat untuk menyertai IS kerana dia adalah sumber kewangan utama keluarganya.
"Jika saya berpeluang meninggalkan segala-galanya dan menyertai kumpulan itu sudah pasti saya akan lakukannya, tetapi keluarga lebih memerlukan saya di sini."
No comments:
Post a Comment