Saturday, December 13, 2014

Dia Ini, Pemilik Akaun Twitter Pro ISIS.

Gambar yang dimuatkan pada akaun Twitter @ShamiWitness


IDENTITI dan lokasi individu tidak dikenali yang mengendalikan akaun Twitter pro kumpulan militan Negara Islam dan Syria (ISIS) yang begitu berpengaruh kini terbongkar. Lelaki itu dikenali sebagai Mehdi dan bekerja sebagai eksekutif di Bangalore.

India Today melaporkan, dia dipercayai individu yang berselindung di sebalik nama akaun Twitter @ShamiWitness yang mempunyai lebih 17,700 pengikut dengan tweet yang dilihat mencecah dua juta setiap bulan.

Laporan Channel 4 News pula bagaimanapun tidak mendedahkan nama sebenar Mehdi kerana lelaki itu mendakwa nyawanya akan terancam jika identitinya diketahui umum. Selain itu, laporan itu juga menyebut Mehdi tidak dapat meneruskan hasrat untuk menyertai IS kerana dia adalah sumber kewangan utama keluarganya.

"Jika saya berpeluang meninggalkan segala-galanya dan menyertai kumpulan itu sudah pasti saya akan lakukannya, tetapi keluarga lebih memerlukan saya di sini."
 
Menggunakan akaun @ShamiWitness, dia mentweet video pembunuhan beramai-ramai tentera Syria dan petugas perubatan, Peter Kassig lima kali dalam masa seminit sebaik ia dimuatnaik ke internet. (IH)

No comments:

Post a Comment