Lelaki gay diheret ke bumbung bangunan sebelum maut akibat dicampak anggota kumpulan IS itu.
LONDON: Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan sebelum direjam sehingga mati kerana dia seorang gay.
Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat berdiri di atas bumbung bangunan bersama lelaki terbabit yang didakwa disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Kejadian itu didakwa berlaku di wilayah al-Furat, utara Iraq.
Satu daripada gambar itu menunjukkan mayat lelaki terbabit terkapar berhampiran batu bata bertaburan, dipercayai digunakan untuk merejamnya. Melalui laporan Daily Mail, sebelum dijatuhi hukuman itu ‘pegawai mahkamah’ membacakan ‘penghakiman’ yang dibuat oleh mahkamah syariah.
Ketetapan itu menyatakan, tertuduh dihukum mati dengan dicampak dari tempat paling tinggi di bandar berkenaan kerana mengamalkan seks songsang.
“Kamu juga mesti direjam sehingga mati,” katanya.
IS didakwa menggunakan kaedah sama untuk menghukum mati ‘pesalah’ dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian berasingan dalam tempoh kurang dari sebulan. Satu daripadanya membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun yang didakwa memiliki gambar homoseksual di dalam telefon bimbitnya di Syria bulan lalu. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
- Berita ini masih belum jelas, kerana hanya berdasarkan gambar.
- Belum jelas samada pesalah itu mati dihukum 'campak dari bangunan' atau kerana dihukum 'rejam' dibaling dengan (yang kononnya) 'batu bata bertaburan'.
- Perlu dilihat pandangan Islam ke atas kaum gay dan lesbian atau yang melakukan amalan seks sejenis.
- Bandingkan dengan hukum yang dilakukan oleh anggota kumpulan Negara Islam (IS) seperti berita keliru yang disebut di atas.
- Wajarkah?
Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;
- “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 - 81)
Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.
- Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)
- mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)
Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW;
- “Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)
- Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)
- Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)
Firman Allah;
- “ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.
Firman Allah;
- “Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)
Maka wajarkah kumpulan Negara Islam (IS) menghukumkan kaum yang dilaknat oleh Allah SWT begitu?
(IH)
4 comments:
Seperti yang admin terangkan pelaku liwat hendaklah dkenakan hukum hudud jadi apa yang dilakukan ISIS ni adalah tidak wajar, kejam dan melampui batas kerana mencampak seseorang dari bangunan tinggi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan hukuman campak ini tidak berperikemanusiaan kerana individu itu dicampak dalam keadaan hidup. Semua hukuman dalam Islam dijalankan dengan sifat perikemanusian jadi hukum campak ni bertentangan dengan Islam. Lagi satu ISIS, ISIL atau IS ni betul ke perjuangkan Islam tengok lain macam aje. Apa yang berlaku di Syria dan Iraq lebih kepada perang saudara bukannya jihad.
IS adalah khawarij yg membunuh ramai ulamak sunni dan umat islam sesuka hati.
mereka mengkafirkan mujahideen syria atas alasan mereka sekongkol dgn US. mereka mengutamakan membunuh mereka itu dpd musuh sebenar bashar dan syiah.
yg menyedihkan ialah semua mujahideen yg benar terpalit dgn nama IS sedangkan masih ada mujahideen yg berjuang mengikut landas benar membela darah umat islam dpd kafir syiah dll.
kajilah mengenai khawarij yg disifatkan oleh Nabi saw sebagai anjing2 neraka. mereka dan syiah tidak ada bezanya, fokus mereka adalah darah umat islam.
mereka belum bernegara maka tidak layak melaksana hukum hudud dll.
Cuba baca ni : http://am9897.blogspot.com/2014/12/negara-islam-is-laksanakan-hukum-allah.html
tak tahu nak kata apa sebab tak kenal sepenuhnya pasal is.mungkin maklumat yg sampai pd kita sudah diselewengkan...
Post a Comment