Friday, December 19, 2014

Goyang ‘ladyboy’. Lagi Untuk MB S'ngor



Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand. Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu berpakaian seksi dan mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.

Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir. Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam.

Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis. Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu.

“Risikan mendapati persembahan itu bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya.
”Mereka dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan,” katanya.

Dia berkata, pelanggan dibawa ke hotel berdekatan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa. Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan kalungan bunga untuk dijual wanita dan pondan terbabit kepada pelanggan.

“Lagi tinggi nilai bunga yang diberikan, lagi ‘baik’ layanan diberikan kepada pelanggan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pusat hiburan itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.  (hmetro.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wahai MB Selangor Azmin Ali..

Ketahuilah, antara isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor  ialah..
  • Bercambah dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi. Contohnya seperti berita di atas. 'Goyang ‘ladyboy'
  • Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Difahamkan pihak PBT hanya mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula. Apakah hal ini tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri? Bengap sangatkah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri?
  • Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar untuk  beliau mengetahui antara  tempat berlesen dengan diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil menyelewengkan kebenaran diberi demi memperolehi keuntungan berganda.
  • Apakah tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri pimpinan Azmin? Sampai bila maksiat-maksiat ini akan dibiarkan bebas di Selangor? Di sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat membimbangkan itu.
  • Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini, ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan lebih ramai pengundi dan ibu bapa di negeri Selangor ini. 
  • Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan ke tempat-tempat yang memberi lebih kesan buruk tetapi begitu terbuka perniagaannya.
  • Sebenarnya, di sinilah antara puncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa, mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah. Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa, yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu..
  • Boleh contohi kerajaan Kelantan yang juga pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimana kerajaan Kelantan menghapus maksiat-maksiat seperti tersebut di atas walaupun kadang-kadang bidang kuasanya ada pada Kerajaan Pusat.
Wallahu 'aklam.
Ibnu Hasyim: Sampaikan...walau 1 ayat

1 comment:

Anonymous said...

Bukan senang nak buat terjahan oiii. Takut ada pulak geng2 baik penyokong PKR marah nanti....Kang kena tukar pulak jawatan mb turrr. Banyak dah contoh Hasyim oiii....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails