KL: Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini dikecam hebat baru-baru ini selepas sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya menunjukkan lima orang bekerja di Princess Syahrini Entertainment Indonesia melutut sambil menyembah Syahrini sebagai tanda hormat.
Tindakan memuat naik foto tersebut di laman instagramnya menimbulkan pelbagai kecaman hebat oleh umum dan salah disisi agama Islam. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Syahrini, tidak habis-habis cuba mencari publisiti murahan dengan menggadai dan menghina agama Islam sendiri.
Tetapi menurut Syahrini, foto tersebut hanya gurauan semata-mata dan bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.
"Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.
"Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’," jelas Syahrini kepada pihak media.
Minggu lalu Syahrini terus kekal mempertahankan gelaran ‘Penyanyi Paling Popular’ lima tahun berturut-turut di Anugerah SCTV 2014.
Kepada orang-orang berpemikiran seperti Syahrini, apalagi seorang artis terkenal yang menjadi idola remaja, ketahuilah bahawa dalam Islam, bergurau boleh jatuh dalam kategori halal dan haram. Sebuah gurauan dibolehkan jika itu tidak mengandungi sesuatu kederhakaan pada Allah swt., tidak berunsur seksual atau pembohongan.
Al-Mudaa’abah atau gurauan adalah berasal dari kata da’bah, yang berarti berkata lembut, ramah, sopan dan kalimat lucu dalam sebuah perbincangan. Al-Mudaa’abah boleh digunakan dalam sebuah situasi, atau kejadian, dengan tujuan untuk memberikan keceriaan pada seseorang.
Sebagai contoh, untuk bergurau dengan seseorang yang sedang sakit adalah sedekah, iaitu membuat wajahnya tersenyum. Seseorang hanya boleh bergurau jika tidak menyakiti perasaan orang lain, tidak mempengaruhi kehormatannya atau melanggar syari’ah.
Telah diriwayatkan bahwa Al-Imaam Ibnu Hajar Al-‘Asqalaani RA berkata:
- “seseorang yang bergurau untuk mengajar (agama) akan menerima pahala.”
- “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (QS An Najm 53: 3-4)
Semoga pemikiran seperti ini tidak wajud lagi di kalangan artis samada di Indonesia atau Malaysia.(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
No comments:
Post a Comment