KUALA LUMPUR: "Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebook pagi ini.
Ini, ujarnya termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.
Berikut tulisan penuh beliau.
1. Empangan Jajar, banyak sms memberi info Jajar tidak berkaitan dengan kecepatan kenaikan paras banjir. Saya tidak mahir dalam tajuk ini. Saya hanya menyampaikan keluhan hiba rakyat yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
2. Semalam bersama saya adalah Saudara Salahudin Ayub yang juga adalah Pengerusi Bencana Negara PAS Pusat.
3. Insya-Allah jika cuaca mengizinkan kami akan ber-heli lagi sepanjang hari ini. Terawal, menghantar ubatan ke Pasir Mas. Kemudian ke Kandek, Dabong bersama bekalan hasil sumbangan yang dikutip.
3. Pagi ini, Saudara Lim Kit Siang dan 8 petugas akan tiba untuk membawa bantuan dan melawat mangsa banjir. Kami hargai solidariti pemimpin nasional.
4. Semalam, TG Presiden PAS melakukan lawatan banjir termasuk sempat mengunjungi Sek Keb Kubang Kerian. 'Turun padang' Presiden untuk meninjau sendiri sangat membanggakan kami. Teladan untuk semua. Saya mohon maaf tidak dapat mengiringi kerana mengejar cahaya siang terbang seperti dijadual.
5. Di banyak tempat saya singgah, petugas dari Selangor ditemui datang membantu. Di DUN saya sendiri, ribuan terima kasih saya ucapkan atas kegigihan mereka mengharungi suasana. Saya kagum keberanian mereka mengharungi arus deras di atas jambatan Salor untuk membawa seorang pesakit yang sudah masuk hari ketiga gagal mendapat rawatan dialasis.
Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini. Termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.
6. Saya juga menyeru anak di perantauan tanah Serendah Sekebun Bunga; Kelantan untuk pulang menjenguk, memberi sokongan dan membantu kami di sini.
Husam Musa
8:06 am
28/12/2014
Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
No comments:
Post a Comment