Tuesday, December 30, 2014

Banjir: Kaji Semula Pengurusan Bencana -Husam Musa.



NAIB Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, sistem pengurusan bencana negara khususnya semasa banjir, wajar dikaji semula. Ia termasuk keberkesanan menggunakan aset jentera, sistem komunikasi sokongan dan sistem amaran kecemasan yang efektif.

"Rungutan dari orang ramai, mereka kurang berpuas hati dengan bantuan yang sepatutnya tiba pada masa diperlukan.
"Bila elektrik tidak ada, telefon tak boleh cas, orang ramai tidak boleh berhubung," kata Husam.

Ketika mengulas pengumuman bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin, kata beliau soal jumlah peruntukan yang diumumkan kerajaan kepada mangsa banjir, tidak penting. 
Sebaliknya kata Husam, lebih mustahak ketika ini adalah soal tindakan untuk membantu mangsa yang sedang berdepan ujian berat ketika ini.

"Ratus juta saya tak hendak tahu. Saya nak tahu pakaian sekolah ada (atau) tak.
“Ada tak bantuan (untuk) rumah rosak, kenderaan rosak? ” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menyampaikan bantuan ke rumah mangsa banjir di kampung Kadok, Pasir Mas hari ini.

Menurut Husam yang juga ADUN Salor , biarpun pengagihan diurus Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil rakyat di Kelantan perlu digunakan untuk menyampaikan bantuan agar sampai kepada sasaran.

Sementara itu, setakat berita ini ditulis, air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas dilihat mula surut hari ini. Bagaimanapun, beberapa kawasan rendah khususnya di kawasan berhampiran sungai Kelantan, masih ditenggelami air.(IH)
 

Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia. 

4 comments:

Aishah Amin said...

Saya rasa elok kalau kita empower masyarakat yang celik bencana jadi dapat sekurang2 nya self sufficient sementara bantuan tiba. Renyah tapi perlu!

Mari membantu banjir Pantai Timur

Unknown said...

Saudara Husam, u tahu atau tak nak tahu bole membantu mangsa-mangsa banjir? Sikap dan sifat u tak nak tahu inilah yang membuatkan u kalah kat putrajaya pru13. Bolehkah sifat seseorang yang tak nak tahu membantu orang2 yang sememangnya tak tahu?

kepala2desa said...

Nazim Mohd Nasir..

Anda ini kurang kefahaman sebenar maksud yg disampaikan..
Cuba tanya terus kpd yg memberi teguran tentang maksud sebenar sebelum berkomen semoga tidak menimbulkan fitnah..

Unknown said...

Maaf saudara kepala2desa. Tiada fitnah yg saya nak timbulkan. cuma isu saudara husam berhubung dengan perasaan tak nak tahu jumlah peruntukkan kerajàan yang telah dijanjikan sebaliknya cuma boleh mengutarakan check listnya sahaja. Saudara husam tahukah jumlah kerugian rakyat yang menderita akibat banjir. Peruntukkan kerajaan pun dikeluarkan atas dasar anggaran sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails