Laporan itu yang disiarkan kelmarin merupakan pendedahan umum pertama berhubung taktik soal siasat yang digunakan CIA selepas insiden 11 September. Ia antara lain mendedahkan bahawa CIA menggunakan taktik soal siasat lebih kejam berbanding yang diketahui sebelum ini.
Antara taktik yang digunakan agensi perisikan AS itu termasuk mengurung tahanan di dalam kotak kecil, melemaskan, menampar, menghantuk dan mengugut untuk membunuh atau merogol anggota keluarga mereka. Mengulas laporan sama, Presiden Barack Obama mengisytiharkan bahawa amalan menyoal siasat suspek pengganas yang dikendalikan CIA sebagai kejam.
“Ia menggambarkan penyeksaan di minda saya. Kita (AS) bukan begitu,” kata Obama dalam satu temu bual bersama rangkaian televisyen Sepanyol, Telemundo.
Obama turut memberitahu, adalah penting laporan itu didedahkan kepada orang ramai.
“Ia penting supaya kita bertanggungjawab dan rakyat faham kenapa saya mengharamkan amalan tersebut apabila saya mentadbir negara,” katanya.
Taktik keras CIA itu diluluskan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush pada 2002 tetapi beliau tidak dimaklumkan secara terperinci mengenainya sehingga 2006. Pada masa itu, Bush melahirkan perasaan kurang senang apabila imej tahanan CIA dirantai pada siling dan memakai lampin.
Laporan tersebut adalah setebal 500 muka surat dan merupakan rumusan eksekutif daripada laporan siasatan penuh merangkumi 6,700 muka surat. – AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dunia sudah tahu, cuma pemimpin-pemimpinya masih pura-pura tidak tahu.
apa kita harap dpd tentera kafir laknatullah pengikut dajjal.
ReplyDeletehanya pejuang Islam sebenar yg tidak zalim terhadap tahanan.