Saturday, December 06, 2014

Ketagihan Telefon Pintar, Penyakit Baru Serang Rakyat M'sia?


KL:  Kegilaan rakyat Malaysia terhadap penggunaan telefon pintar menimbulkan kebimbangan pakar psikologi, pensyarah akademik dan tokoh wartawan negara yang melihat obsesi tersebut sudah mencapai satu tahap ketagihan.

Menurut Tokoh Wartawan Negara 2011, Datuk A. Kadir Jasin, ketagihan telefon pintar sudah pun berlaku dalam segenap lapisan masyarakat negara ini terutamanya generasi muda. Malah, tegasnya, apa yang lebih membimbangkan sudah ramai orang di Malaysia yang tidak ubah seperti ‘hamba kepada telefon pintar’.

Katanya, walaupun tiada satu kayu ukur untuk mengklasifikasikan seseorang itu mengalami masalah ketagihan telefon pintar namun apabila seseorang, individu tidak lagi menghiraukan persekitaran, taksub untuk melihat gajet pada hampir kebanyakan masa dan hilang kuasa berfikir, maka itu sudah boleh dianggap satu ketagihan.


SEMAKIN ramai rakyat negara ini mengalami ketagihan terhadap telefon pintar sehingga sering mengabaikan perbualan bersemuka baik ketika bersama rakan mahupun keluarga.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Nampaknya rakyat Malaysia sudah mula diserang suatu penyakit baru, iaitu 'ketagihan telefon pintar'.Ciri-cirinya..
  • individu tidak lagi menghiraukan persekitaran,
  •  taksub untuk melihat gajet pada hampir kebanyakan masa 
  • dan hilang kuasa berfikir.
  • Tambah satu lagi, mengabaikan solat atau kewajipan fardhu yang lain kerana ketagihan telefon, bagi orang Islam.

3 comments:

  1. nampak sangat menipunya, takkan menghadap telefon, sampai lupa kat Tuhan, agak-agakle kalo nak menipu pun. Fardu ain tu WAJIB.

    ReplyDelete