TERSEBAR senarai berisi hal apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan kepada hamba seks di kalangan militan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS), seperti yang dilaporkan oleh dari Daily Mail, Selasa (9/12).
Betul atau tidak, belum dapat dipastikan. Dokumen dari Kementerian Tahanan dan Hal Ehwal Wanita ISIS tersebut dikeluarkan awal Disember 2014. Jabatan itu dikepalai oleh Abu Suja, seorang militan ISIS yang membantu kumpulan keganasan itu membuat dan menegakkan keputusan serta dasar yang dibuat oleh Majlis Syura mereka.
Dewan Syura sendiri adalah badan penasihat agama yang dilantik oleh pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi untuk mempelajari Al Quran dan membuat keputusan berdasarkan undang-undang syariah. Dalam dokumen itu dijelaskan secara terperinci bagaimana melayan yang dikatakan 'hamba seks' (ghanimah) itu, bila sepatutnya wanita boleh dipukul, dan dalam keadaan bagaimana mereka boleh dikahwini.
ISIS dikatakan telah menculik (hasil dari rampasan perang) lebih daripada 5,000 perempuan dan kanak-kanak. Tahanan ditempatkan di rumah-rumah petak markas mereka. Korban kebanyakan berasal dari wilayah Raqqa, Syria. Sebahagian besar tawanan merupakan perempuan penganut mazhab Kristian Yazidi. Mereka ditawan selama pembunuhan Gunung Sinjar awal Ogos 2014 lalu.
ISIS secara terbuka membolehkan anggotanya menyetubuhi tawanan, asal sudah dibeli seperti hukum hamba (atau tawanan perang). Masing-masing boleh dibeli sekurang-kurangnya tidak sampai RM200. Dokumen tersebut kini sedang diteliti oleh Institut Penyelidikan Media Tengah yang mendapat salinan dokumen itu dari kumpulan pemantau laman ISIS.
Menurut dokumen itu, perempuan yang dijadikan hamba oleh militan ISIS, yang disebut dengan al-Sabi, hanya boleh diambil oleh 'ahl al-harb'. Iaitu orang dalam kumpulan yang terlibat berperang. Lelaki yang sudah berkahwin pun dibenarkan mengambil tawanan tersebut..
Dalam dokumen itu, terdapat ayat Al Quran yang mengatakan Allah memberikan penghargaan kepada Muslim yang suci dengan orang lain, seperti isteri-isteri mereka dan 'hamba' yang mereka miliki'.
Dikatakan juga dalam dokumen itu perempuan yang sudah pernah berhubungan seksual sebelumnya harus 'dimurnikan' dulu. Selanjutnya gadis-gadis remaja (rampasan/tawanan perang) juga dihalalkan untuk melakukan hubungan seks dengan mereka yang pergi berperang.
Maklumat ini, samada betul atau tidak, belum dapat dipastikan. Kalau betul tawanan perang dilayan begini, ianya dilayan lebih baik dari tawanan perang AS yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh. Wallahu 'aklam. (IH)
Ini contoh kebiadaban askarAS melayani wanita Iraq yang dijajahnya. Dan banyak lagi kekejiannya AS.
Lihat ini..
semuga Allah melaknat sesapa saja kafir harbi yg merogol umat islam.
ReplyDeletebinasa utk mereka tk kira syiah US israel buddha hindu kristian komunis dll.
jgn lupa kafir serbia masih berhutang darah dn maruah dgn umat islam.