Tuesday, December 16, 2014

Letupan & Jeritan 3 Terbunuh, Akhiri Tawan Tebusan Di Sydney

Krisis tebusan sebuah kafe di Sydney berakhir dengan tiga terbunuh
Mereka yang diselamatkan katanya mengalami trauma dan sebahagian lagi sedang mendapatkan rawatan akibat kecederaan.
 
KEMASKINI  SYDNEY: Polis New South Wales mengesahkan insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney selama 17 jam berakhir awal pagi Selasa.

Rakaman televisyen menunjukkan polis menyerbu kafe Lindt di mana seorang lelaki bersenjata menawan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera Islam pada pagi Isnin.

Pemberita AFP berhampiran tempat kejadian terdengar satu siri letupan kuat dan jeritan setelah polis merempuh masuk. Beberapa orang berlari keluar dari bangunan yang terletak di pusat bandar Sydney. Ada di antara mereka dilaporkan cedera.

Media tempatan melaporkan seorang anggota polis turut cedera.

Sementara itu, terbaru polis Sydney mengesahkan tiga terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata dalam krisis tebusan selama 16 jam di sebuah kafe yang berakhir selepas satu serbuan dilakukan sekumpulan anggota polis.

Serbuan sekitar 2.10 pagi waktu tempatan itu turut menyebabkan dua tebusan terbunuh.

Rakaman televisyen menunjukkan polis menyerbu kafe Lindt di mana seorang lelaki bersenjata menawan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera Islam pada pagi Isnin.


Sebelum ini, nama lelaki bersenjata yang menjadikan sekumpulan pengunjung sebuah kafe di Sydney sebagai tebusan didedahkan oleh ABC Television dan media lain sebagai Man Haron Monis, 49, seorang 'ulama' kelahiran Iran.

Insiden berlaku di kafe Lindt Chocolate pada pagi Isnin di Martin Space, sebuah kawasan perniagaan yang sibuk. Penyiar nasional, ABC, berkata Monis dalam “jaminan atas beberapa kesalahan ganas.”

Bekas peguam Monis iaitu Manny Conditsis berkata orang ramai diberi jaminan bahawa insiden ini bukan dilakukan oleh kumpulan pengganas.

“Ia dilakukan oleh seorang individu. Ia bukan satu keganasan atau tindakan bersepadu. Ia satu insiden  oleh seorang individu yang melakukan sesuatu yang keterlaluan,” katanya.

Terdapat laporan bahawa Monis tiba di Australia pada 1996 sebagai seorang pelarian dan tinggal di barat daya Sydney. Polis tidak menafikan laporan berkenaan. Mereka sedia maklum tentang identiti Monis namun tidak mendedahkan maklumat itu ketika operasi berjalan.

Lelaki bersenjata yang menawan sejumlah tebusan di sebuah kafe pada Isnin merupakan seorang pelarian Iran yang disabitkan atas kesalahan serangan seksual dan dikenali kerana menghantar surat kebencian kepada keluarga tentera Australia yang terkorban di luar negara, kata sumber polis.

Man Haron Monis, merupakan seorang pelarian Iran dan bergelar sheikh, terus menawan tebusan di kafe berkenaan selama lebih 15 jam.  Menurut Reuters.

Man Haron Monis. Foto EPA
Menurut sumber lain, setelah melakukan penyelidikan berjam-jam, polis Australia akhirnya berjaya mengenal pasti salah satu pelaku tebusan di kafe Lindt, Sydney. Salah satu pelaku itu diketahui bernama Man Haron Monis. Seperti dilapor dari BBC.com, Isnin.

Menurutnya, Monis adalah seorang ulama asal Iran. Dia telah lama tinggal di Australia selepas diberikan suaka oleh kerajaan. Hasil siasatan polis, Monis ternyata sudah banyak tersandung kes, termasuk pembunuhan terhadap bekas isterinya. Dia juga tengah menghadapi sebanyak 40 tuduhan atas kes penderaan seksual.

Pelaku saat ini masih menculik banyak orang di dalam kafe sejak Isnin pagi. Sejauh ini sudah ada lima tebusan yang berjaya melarikan diri. (IH)



Pasukan polis khas taktikal mendapatkan salah seorang tebusan yang menyelamatkan diri keluar dari sebuah kafe di pusat daerah perniagaan Sydney yang kini ditawan oleh seorang lelaki bersenjata. Foto AP


Orang ramai menyaksikan insiden lelaki bersenjata menawan tebusan di sebuah kafe di tengah bandar Sydney, Isnin.


Satu paparan skrin daripada saluran Channel 7 News menunjukkan seorang lelaki bersenjata yang menawan tebusan di kafe Lindt di Sydney pada Isnin. Foto EPA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails