Sunday, December 28, 2014

`Maaf, Tak Terima Muslim` Papan Restoran Ini Hanya Bertahan 9 jam..

Restoran Maaf, Tak Menerima Muslim Panen Kecaman 
`Maaf, Tak Menerima Muslim` Papan kenyataan di restoran ini tuai kecaman.   

'MAAF, Tak Terima Muslim'.  Datuk Bandar Longreach di Queensland Australia berkata, tulisan di papan sebuah restoran yang mengatakan 'maaf, tidak terima Muslim' itu sangat dikesalkan.

Akibat peristiwa ini, pemilik restoran mendapat kecaman melalui telefon. Papan yang dipasang di luar restoran Eagles Nest Bar and Grill di Longreach menimbulkan kontroversi, selepas fotonya diupload di laman Facebook restoran itu.

"Sedikit terkejut melihat tulisan 'tidak terima muslim' .. maksudnya apa ?" komen Helen Day di laman Facebook restoran itu.

Papan itu dipasang dengan tulisan; "2000 tahun yang lalu Isa membuat heboh semasa mengubah air menjadi anggur .. tradisi berterusan .. Kami menukar wang menjadi beer (maaf tidak terima muslim)."

Posting di Facebook itu mencetuskan pelbagai reaksi, sebahagian menyokong dan sebahagian mengecam. Pemilik restoran John Hawkes mengatakan tanda tersebut hanya bertahan 9 jam.

"Sehari selepas, restoran dan rumah saya menerima lebih daripada 200 panggilan telefon," katanya.
"Walaupun sebahagian menyokong kebebasan dalam bercakap dan sentimen patriotik, kami juga menerima panggilan yang bernada menghina dan mengancam. Atas ketidakselesaan ini, saya minta maaf pada keluarga saya."

Hawkes tidak menyangka tulisan di papan premisnya itu menimbulkan kekecohan di media sosial. Tapi dia menganggap akibat dari semua itu hanyalah reaksi, bukan aksi.

Datuk Bandar Longreach Joe Owens mengatakan dia yakin papan itu tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat. Owens menambah peristiwa ini boleh memberi kesan buruk bagi imej bandar Longreach. Namun ia menegaskan bahawa Longreach terbuka bagi semua agama.

"Aku sudah memberitahu pemilik restoran dan menunjukkan kesalahan yang dibuatnya. Longreach adalah bandar yang terbuka bagi semua bangsa dan agama."

Ia kesal kejadian tak menyenangkan ini dilakukan oleh salah satu warganya.

(IH/ Sumber: abc.net.au)

No comments:

Post a Comment