Thursday, December 25, 2014

M'sia Lega Ribuan TKI Ilegal Dihantar Pulang.

Merasa rugi, Malaysia lega ribuan TKI ilegal enyah TKI Ilegal dari Malaysia tiba di Halim Perdanakusuma

JAKARTA: Malaysia berkeras menyebut 1,428 TKI haram itu bukannya dipulangkan sepihak oleh Indonesia, namun dihantar pulang. Kementerian Dalam Negeri Malaysia pun menilai sudah untung ribuan pekerja asing tanpa dokumen tersebut tidak mereka tuntut secara jenayah.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil perbincangan bersama Menaker Hanif Dhakiri 18 Disember lalu, dipersetujui bahawa negeri jiran bersedia memberi pengampunan pada beribu-ribu pendatang asing tanpa izin.

Sebagai pampasan, Indonesia yang menanggung kos pemulangan. Termasuk penyediaan tujuh unit pesawat Hercules milik TNI AU.

"Ini adalah penyelesaian yang sama-sama menguntungkan kedua negara. Kerana Malaysia pun ingin mengurangkan kos menahan pekerja haram di setiap depot," kata Hamidi.

Dari hitungan Hamidi, satu TKI haram yang ditahan menyerap kos 4.5 Ringgit Malaysia (setara Rp 17 ribu) saban hari. "Bahkan kerajaan Malaysia mengeluarkan wang lebih besar untuk pendatang dibanding buat rakyatnya."

Malaysia memastikan 1,428 TKI haram yang dihantar pulang berperingkat selama 23 dan 24 Disember tidak akan dapat kembali ke Malaysia hingga Mac 2015. Sementara saat ini masih ada 500 pekerja asing haram Indonesia ditahan polis negera jiran. Mereka tidak boleh ikut dipulangkan, kerana tersangkut kes jenayah, misalnya rompakan atau pemalsuan dokumen.

Merujuk data Kementerian Luar Indonesia, kurang lebih 2.7 juta warga negara Indonesia keluar negera secara haram. Jumlah pekerja asing Indonesia yang mengadu nasib di negera orang hingga 2013 sebanyak 6.2 juta jiwa.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails