
LONDON – Datuk Bandar London, Boris Johnson membantu kru pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH2 menahan seorang penumpang mabuk yang mencetuskan kekecohan ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London, Selasa lalu.
Kejadian berlaku ketika Johnson dan beberapa pegawainya dalam penerbangan pulang ke Britain selepas rangka lawatan ke beberapa negara Timur Jauh termasuk Malaysia.
Bagaimanapun, masa kejadian selepas pesawat itu berlepas dari KLIA tidak dapat dipastikan.
Seorang jurucakap Johnson memberitahu portal MailOnline, Johnson dan beberapa kru pesawat cuba menenangkan lelaki berkenaan yang menyanyi dengan kuat sebelum cuba menimbulkan kekecohan. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: MAS yang mengajar dan menggalakkan minum arak, kerana arak diberi percum kepada penumpang. Mengapa bila mabuk ditangkap pula? Tidakkah ini suatu permainan penganiaan?
No comments:
Post a Comment