Sunday, December 07, 2014

Mengajar Anak Al-Quran Pun Radikalisme, Ditangkap.



Uzbekistan Penjarakan Wanita Pengajar Alquran
Uzbekistan: Sekumpulan perempuan muslim dipenjara oleh penguasa Uzbekistan di ibu kota Tashkent, di daerah Yangiyul, kerana mengajar mengaji kepada anak-anak perempuan.

Laporan World Bulletin, menyebutkan para perempuan ditangkap ketika sedang mengajar Al-Quran di rumah mereka. Televisyen kerajaan melaporkan suspek akan dikenakan di bawah pasal radikalisme kerana mengajar Al-Quran.

Salah satu perempuan tersebut Hanife Mirganieva yang disebut sebagai pemimpin kumpulan pengajian tersebut. Beberapa dari mereka berusaha lari dari penjara.   Pegawai Uzbekistan mengatakan kemungkinan mereka akan lari ke Turki.

Radio Ozodlik, sebuah radio kebebasan, mengatakan suami Mirganieva sebelumnya juga ditangkap kerana menjadi anggota Hizbut Tahrir. Kumpulan hak asasi manusia menuduh Uzbekistan, negara paling padat di Asia Tengah, menghalang kebebasan beragama dengan dalih memerangi ekstremisme Islam.


 

Dalam laporan 2012 oleh Pengawas Hak Asasi Manusia di New York menyebutkan pihak berkuasa di Uzbekistan tidak henti-henti melakukan penahanan sewenang-wenangnya, penangkapan dan penyiksaan terhadap muslim yang menjalankan ibadahnya di luar kawalan negara.

Tidak ada peruntukan undang-undang yang melarang penjualan hijab, tetapi undang-undang diluluskan pada 1998 menetapkan denda dan hukuman penjara singkat bagi perempuan yang memakai pakaian keagamaan di masyarakat.

Hukuman berkisar dari denda lima hingga 10 kali gaji minimum bulanan hingga 15 hari penjara. Kes pertama berlaku di mahkamah di wilayah Syrdarya, hukum denda kepada seorang wanita bersamaan dengan US $ 155 kerana mengenakan hijab. (IH)

No comments:

Post a Comment