Muslimah England Diminta Lepaskan Hijab Di Sidang Mahkamah.
Muslimah mengenakan niqab. ©Reuters
SELEPAS isu tudung ramai setahun terakhir, Mahkamah Agung Inggeris menyatakan setiap wanita muslim yang berurusan dengan mahkamah mesti melepas penutup auratnya. Terutama bila mereka memakai niqab, alias hijab kurung, hanya tidak tutup bahagian mata.
Hakim Agung Baroness Hale berkata, pihaknya memerlukan melihat wajah untuk melihat raut wanita muslim yang sedang memberi keterangan.
"Melihat wajah ini sangat penting," ujarnya seperti dilaporkan oleh akhbar Evening Standard, Sabtu (13/12).
Desakan agar perempuan muslim di Inggeris tidak dibolehkan memakai niqab, ramai sejak muncul kes Rebekah Dawson tahun lalu. Dia memberi keterangan untuk sebuah kes jenayah, lantas mengaku dibuli. Hakim meminta dia membuka niqab, kerana keterangannya berubah-ubah. Akibat kejadian itu, Mahkamah Agung Inggeris langsung menyusun tata tertib ruang sidang baru.
Hale menilai negaranya menghormati kepercayaan peribadi seseorang. Tapi bila saksi yang kebetulan muslimah itu dianggap penting bagi jalannya sidang, atau malah menjadi tertuduh, maka lepas hijab itu hukumnya wajib.
"Mungkin untuk menghormati kepercayaannya kami sediakan skrin sehingga dia boleh berada di bilik lain," kata Hale.
England tidak melarang warga negaranya memakai simbol-simbol agama, termasuk niqab. Itu dianggap ekspresi individu yang dilindungi. Sikap ini berbeza dengan diambil Perancis yang melarang seluruh jenis simbol agama dipakai di ruang awam, termasuk hijab, tasbih, mahupun kippah (sejenis kopyah bagi umat Yahudi). (IH)
No comments:
Post a Comment