Monday, December 08, 2014

Obama Gagal Selamatkan 2 Tebusan Dari Militan Al-Qaeda.



Luke Somers antara mangsa culik yang terkorban.

ADEN: Dua tebusan, masing-masing warga Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan ditembak mati oleh kumpulan militan Al-Qaeda Yaman selepas berlaku pertempuran dengan pasukan khas AS dalam operasi menyelamat mangsa.

Dalam pertempuran antara pasukan khas AS dengan anggota militan pada subuh itu, kedua-dua tebusan iaitu wartawan AS, Luke Somers dan Guru dari Afrika Selatan, Pierre Korkie sempat melarikan diri sebelum ditembak. Kedua-dua mereka kemudian cuba diselamatkan oleh pasukan khas AS, bagaimanapun gagal apabila mengalami kecederaan serius.

Operasi menggempur kumpulan militan berkenaan dibuat selepas mendapat arahan daripada Presiden AS, Barack Obama berikutan rayuan mangsa menerusi satu rakaman. Dalam rakaman itu, kumpulan penculik turut membuat permintaan terhadap Washington yang tidak didedahkan kepada umum.

Sementara itu, Naib Presiden AS Joe Biden memberitahu, serangan itu dilakukan secara terancang untuk menyelamatkan mangsa.

"Seramai lima anggota kumpulan militan dipercayai terkorban dalam usaha menyelamat mangsa culik itu," jelasnya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails