Thursday, December 04, 2014

Pakai Baju Seksi. Cara Fikir Salah Krisdayanti.

Atas: Krisdayanti
Bawah: Foto Aurel yang menjadi kritikan orang ramai. 

HALAMAN HIBURAN

BARU-BARU ini, anak kepada penyanyi Krisdayanti iaitu Aurel Hermanshah menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara foto seksi yang dimuatnaik ke dalam Instagram miliknya.

Foto tersebut menunjukkan Aurel memakai pakaian terlalu terdedah sehngga menampakkan pakaian dalamnya.

Demikian lapor mStar Online.


mStar memetik laporan Kapanlagi, Krisdayanti menyifatkan foto tersebut masih lagi di tahap yang wajar dan ia tidaklah terlalu mendedahkan.

"Foto itu biasa sahaja. Dia kan sedang mencari identiti diri. Bagaimanapun saya belum lihat foto tersebut. Seksi sangat ke? soalnya.

Dalam pada itu, Krisdayanti berkata, dia percaya terhadap anaknya itu dan yakin Aurel mampu menjaga batasan sebagai golongan yang dikenali umum. Aurel merupakan anak sulung Krisdayanti hasil perkahwinan pertamanya dengan Anang Hermanshah sebelum bercerai pada tahun 2009.
 
Ini satu lagi cara fikir salah artis. Menurutnya boleh memakai pakaian tidak menutup aurat bagi orang Islam asalkan 'mampu menjaga batasan sebagai golongan yang dikenali umum'. Di situlah salahnya, kerana penilaian 'salah tidak'nya orang Islam, ialah melalui kayu ukur agamanya sendiri.  
 
Agama kata 'haram', haramlah. Lainlah kalau penganut faham itu, bukan orang Islam! (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

4 comments:

Nurul said...

Islam cuma ada satu versi je... takkan ada versi untuk artis dsbnya. tolong paham ye.. aurat is aurat.. stop talking rubbish and stop being islam ktp.

Anonymous said...

Gandakan Wang Anda jana pendapatan pasif tak perlu menaja
http://locusnetwork4u.com/LN12338

Anonymous said...

Jika bab hukum agama minta tolong banyak-banyaklah jangan minta pandangan artis.... punah ranah jadinya.

Anonymous said...

jika tidak mahu ikut hukum-hakam Islam, jangan jadi orang Islam ... jadilah penganutm agama lain.....!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails