Tuesday, December 09, 2014

Baik Jadi Imam Solat Jenazah Ibubapa Sendiri.


BILA kita lihat di sekeliling kita satu persatu, orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. 

Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya. Kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah. 

Yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar, tidak menguruskan jenazah. Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat dilihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. 

Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri. Aku tahu ke solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?

Ya, mari kita sama-sama ambil tahu. 

Persediaan solat jenazah:
  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan. 

Cara solat jenazah: 

1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.


2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.


4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.


5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.


6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

Kesimpulan: Panduan Ringkas.

Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang disediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah. 
  1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut: Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala. Kemudian baca surah Al-Fatihah.
  2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi. Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
  3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut. Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki) Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan). Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
  4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment