PARA
pegawai forensik memeriksa lokasi dua anggota polis yang maut ditembak
di dalam sebuah kereta peronda di kawasan Bedford-Stuyvesant di New
York, Amerika Syarikat kelmarin
NEW YORK – Seorang lelaki berkulit hitam menembak mati dua anggota
polis yang berada di dalam sebuah kereta peronda di sini kelmarin
sebelum membunuh dirinya dengan sepucuk pistol semi-automatik.
Pesuruhjaya Polis New York, William Bratton berkata, dua anggota polis tersebut, Rafael Ramos, 40, dan Wenjian Liu, 32, diserang secara mengejut ketika berhenti di sebatang jalan di Bedford-Stuyvesant di sini. Katanya, suspek Ismaaiyl Brinsley, 28, dipercayai berdiri di sebelah kanan kenderaan mangsa sebelum melepaskan beberapa das tembakan menggunakan sepucuk pistol semi-automatik berwarna perak.
“Brinsley kemudiannya ditemui mati dengan kesan tembakan pada kepala dipercayai membunuh diri di sebuah stesen kereta api bawah tanah berhampiran,” katanya.
Garisan polis dipasang mengelilingi sekitar lokasi penembakan terhadap dua anggota polis di New York, AS, Sabtu (20/12).
Datuk Bandar New York, Bill de Blasio memberitahu, pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan tetapi beliau percaya serangan itu adalah satu pembunuhan.
“Cara dua anggota polis ini ditembak jelas menunjukkan suspek mahu membunuh mereka,” ujarnya.
Sementara itu, media Amerika Syarikat (AS) melaporkan terdapat kemungkinan bahawa suspek mahu membalas dendam terhadap kematian beberapa lelaki berkulit hitam oleh anggota polis sebelum ini Beberapa jam sebelum serangan, Brinsley memuat naik gambar sepucuk pistol perak di laman perkongsian gambar Instagram dan mengancam untuk membunuh mereka yang membunuh saudaranya.
Dia juga membuat hashtag untuk Eric Garner dan Michael Brown, dua lelaki kulit hitam yang mati dalam dua kejadian berasingan membabitkan anggota polis pada tahun ini. AS pada minggu lalu dicemari dengan beberapa siri bantahan besar-besaran di seluruh negara bagi membantah keputusan jemaah juri yang enggan mendakwa dua anggota polis yang menyebabkan kematian kedua-dua mangsa. – Reuters
Lihat juga..

- Rusuhan Ketegangan Kaum Tercetus Seluruh AS.
- AS: Rusuhan Kaum Berterusan, 1 Lagi Pemuda Kulit H...
- AS: 2,000 Askar Kawal Rusuhan Kaum Ganas Di Fergus...
- Api Dalam Sekam, Berulangnya Perkauman Di AS
- Polis Pembunuh Remaja Kulit Hitam Ferguson Berhent...
- Sambungan Tunjuk Perasaan Perkauman Kembali Gegar ...
- Rusuhan Kaum AS: Perhimpunan Terbesar Diadakan Sem...
- Perkauman Di AS: Obama Disangka Tukang Parking
No comments:
Post a Comment