POLIS Amerika Syarikat di St Louis, Negara Bahagian Missouri, hari ini menembak mati seorang remaja kulit hitam berusia 18 tahun di sebuah stesyen minyak.
Akhbar the Guardian melaporkan, Rabu (24/12), kejadian itu berlaku hanya kira-kira tiga kilometer dari lokasi penembakan Michael Brown pada Ogos lalu. Kejadian itu menimbulkan gelombang tunjuk perasaan di beberapa bandar di Amerika kerana isu sensitif perkauman.
Jurucakap polis St Louis mengatakan seorang polis menembak mati seorang lelaki yang membawa pistol dan mengarahkan senjatanya kepadanya. Lelaki itu sedang berdua dengan temannya. Peristiwa itu terjadi di pinggir Barkeley.
"Polis Barkeley keluar dari kereta mendekati dua orang yang salah satunya mengeluarkan pistol dan mengarahkan senjatanya ke petugas. Dalam tindakan membela diri, petugas menembak dengan senjatanya beberapa kali hingga mencederakan mangsa yang kemudian terkorban. Orang kedua hilang dari lokasi. Polis sudah membawa jenazah korban dari lokasi kejadian, "kata kenyataan polis.
Pegawai kini sedang menyiasat kejadian yang berlaku pukul 23.15 waktu tempatan. Orang ramai massa saat ini sudah mula mengamuk di lokasi kejadian. Polis hingga kini belum mengumumkan identiti mangsa, namun warga tempatan menyebut dia bernama Antonio Martin.
Kejadian ini boleh kembali mencetuskan isu perkauman di Amerika Syarikat selepas kes Ferguson Ogos lalu. (IH)
Lihat juga..
- Rusuhan Ketegangan Kaum Tercetus Seluruh AS.
- AS: Rusuhan Kaum Berterusan, 1 Lagi Pemuda Kulit H...
- AS: 2,000 Askar Kawal Rusuhan Kaum Ganas Di Fergus...
- Api Dalam Sekam, Berulangnya Perkauman Di AS
- Polis Pembunuh Remaja Kulit Hitam Ferguson Berhent...
- Sambungan Tunjuk Perasaan Perkauman Kembali Gegar ...
- Rusuhan Kaum AS: Perhimpunan Terbesar Diadakan Sem...
- Perkauman Di AS: Obama Disangka Tukang Parking
- Perkauman AS: Lelaki Kulit Hitam Tembak 2 Polis Ku...
No comments:
Post a Comment