Militan ISIS semasa menangkap pilot Jordan (tengah), setelah berjaya menembak jatuh jet yang dipandu di Raqa, Syria, Rabu (24/12). Militan berjaya menembak jatuh satu jet pejuang milik kerajaan campuran pimpinan AS di Syria utara dengan peluru berpandu anti-pesawat dan mengambil tebusan pilot
INI pilot jet Jordan yang ditangkap ISIS setelah ditembak jatuh. Pilot gabungan AS tersebut berjaya ditangkap selepas peluru berpandu ISIS menembak jatuh jet yang dibawanya.
Ini pilot jet Jordan gabungan AS, yang ditangkap ISIS setelah ditembak jatuh. Ada yang kata, "Pancung saja, ajar kuasa besar yang zalim itu!"
Militan ISIS sedang memeriksa serpihan pesawat di sekitar lokasi jatuh.
BERITA AFP..
AMMAN, Jordan – Tentera
Jordan semalam mengesahkan seorang juruterbangnya ditawan kumpulan
militan Islamic State (IS) selepas sebuah jet pejuang negara itu
ditembak jatuh di Syria.
Sumber tentera memberitahu agensi berita Petra, beberapa jet pejuang
Tentera Udara Jordan melancarkan satu operasi bagi mengebom kedudukan
militan IS di wilayah Raqa, Syria kelmarin.
“Sebuah jet pejuang itu terhempas dan seorang juruterbang kami ditangkap militan IS,” katanya.
Pegawai berkenaan tidak mendedahkan punca jet itu terhempas tetapi
militan IS dan sebuah badan pemantau mendakwa pesawat tersebut ditembak
menggunakan peluru berpandu antipesawat. Militan IS menyiarkan gambar juruterbang yang ditangkap dan
menunjukkan kad pengenalan tentera yang mengenalpasti askar berusia 26
tahun itu sebagai Leftenan Maaz al-Kassasbeh.
Bapa Maaz, Youssef yang diwawancara portal berita Saraya memberitahu
bahawa keluarga mereka sudah dimaklumkan oleh pihak tentera mengenai
kejadian yang menimpa anaknya.
“Pihak tentera memberi jaminan mereka berusaha menyelamatkan anak
saya manakala pemerintah Jordan, Raja Abdullah II juga memantau situasi
itu.
“Seorang anak lelaki saya sudah berjumpa dengan komander Tentera
Udara Jordan yang mengesahkan Maaz kini ditangkap militan IS,” katanya.
Youssef juga merayu militan IS untuk membebaskan anaknya itu yang sudah berkhidmat di tentera udara selama enam tahun. – AFP
(IH)
Bekerjalah untuk Islam bukan untuk Amerika dan sekutunya.
ReplyDelete