GUAN
ENG: Pakatan pembangkang perlu jelaskan pendirian bahawa mereka tidak
akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli
PETALING JAYA: Pakatan pembangkang perlu
jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu
menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung DAP
Lim Guan Eng.
Katanya pakatan itu perlu ada dasar yang jelas, konsisten dan boleh meyakinkan rakyat.
"Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.
"Itu mesti jelas. Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem," katanya pada perasmian Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 dekat sini, hari ini.
Katanya, parti-parti dalam pakatan itu juga perlu ada ketetapan siapa calon perdana menteri mereka.
Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli yang juga wakil tunggal PAS pada persidangan itu ketika ditemui pemberita, bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Lim itu.
"Saya tidak mahu komen terhadap itu, jika mahu tanya pendirian kami (PAS) nanti akan cakap pada pertemuan persidangan PAS nanti," katanya.
Mengenai kenyataan Lim untuk menamakan calon perdana menteri Pakatan, Hatta berkata: "Ini 'cadangan yang adil', (bagaimanapun) kami akan kajinya".
PAS dan DAP bertelagah berhubung isu hudud, tetapi sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat pendirian jelas mengenainya. Mereka juga gagal mencapai kata sepakat berhubung calon bagi jawatan perdana menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
Terdahulu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata parti itu perlu bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
"Kita mesti mencapai prestasi cemerlang di Sarawak. Kalau kita boleh menang di Sarawak, kita baru boleh menang di Putrajaya," katanya.

No comments:
Post a Comment