Tri Rismaharini di Posko Pemkot Bandara Juanda.
Jakarta: Siapa tidak kenal Datuk Bandar atau Wali
Kota Surabaya, Risma Triharini terkenal dalam membanteras maksiat dengan sekelip
mata telah berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat
perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya?
Beliau kini telah merancang mengadakan acara doa bersama, pada masa perayaan Tahun Baru untuk para korban kemalangan pesawat AirAsia dengan nombor penerbangan QZ 8501 yang membawa 155 penumpang, Minggu (28/12) pagi. Acara itu sekaligus untuk menyampaikan rasa perpaduan atas kemalangan itu.
"Itu memang bertujuan untuk mengurangkan hura-hura kok," kata Risma di Bandar Juanda
, Selasa (30/12)
Acara menyambut Tahun Baru sudah dirancang sebelum itu. Namun kerana Tahun Baru 2015 bersamaan dengan peristiwa nahas tersebut, maka acara mengalami perubahan. Sekurang-kurangnya memberikan perpaduan, dengan tidak mengumumkan acara tersebut secara berlebihan.
"Itu memang sekaligus untuk mengurangkan acara hura-hura. Diisi dengan pementasan-pementasan anak-anak," tegas Risma.
"Kita setiap tahun harus melakukan penilaian selepas hidup kita selama satu. Bukan diisi dengan hura-hura," sambungnya.
Sementara itu, perkembangan terkini, Team SAR telah berjaya menemui sejumlah jenazah penumpang dan serpihan pesawat dengan laluan Surabaya-Singapura itu di perairan laut Pangkalanbun, Kalimantan Tengah. Berdasarkan data Posko Pemerintah Kota Surabaya di Crisis Center Lapangan Terbang T2 Antarabangsa Juanda, Surabaya, sebanyak 81 warga Surabaya diketahui berada di dalam pesawat tersebut.
Basarnas dirikan tempat evakuasi jenazah Air Asia di Pangkalanbun.
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata fokus operasi pencarian pesawat tersebut adalah membawa keluar mayat dan pesawat dari lokasi ia yang terakhir. Beliau telah
mengarahkan Badan SAR Nasional (BASARNAS) untuk melakukan operasi
gabungan pencarian pesawat penumpang dan anak kapal.
Beliau juga telah perintahkan untuk fokus terlebih dahulu kepada evakuasi penumpang dan anak pesawat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sokongan semua pihak yang diberikan dalam pencarian, juga kepada negara-negara jiran lain
yang membantu dalam pencarian pesawat QZ8501 termasuk Singapura and
Malaysia.
(IH)
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment