Ini macam pon ada.. Gambar hiasan.
SINGAPURA – Seorang
pekerja warga Malaysia dihukum penjara tiga bulan oleh sebuah mahkamah
di sini semalam selepas didapati bersalah menggunakan telefon bimbitnya
untuk merakam gambar bawah skirt seorang wanita.
Menurut portal berita The Real Singapore, tertuduh, Koo Kiat Boon,
25, juga didapati bersalah cuba memusnahkan bukti dengan menelan kad
memori telefon bimbit berkenaan selepas tindakannya disedari mangsa.
Tertuduh yang bekerja sebagai juruelektrik didakwa melakukan
kesalahan tersebut semasa menaiki sebuah bas menuju ke Pusat Pemeriksaan
Woodlands untuk pulang ke Johor. Ketika di dalam bas berkenaan, dia melihat seorang wanita cantik
berusia 28 tahun dan cuba merakamkan gambar bawah skirt mangsa dengan
menggunakan telefon bimbitnya.
Bagaimanapun, seorang penumpang ternampak tindakan Kiat Boon dan terus memberitahu mangsa.
Wanita itu dan beberapa penumpang cuba merampas telefon bimbit
tersebut tetapi mangsa bertindak menghempas gajet berkenaan ke lantai
serta terus mengambil kad memori sebelum menelannya.
Kiat Boon kemudiannya ditahan pihak polis di Pusat Pemeriksaan
Woodlands selepas pemandu bas berkenaan menghubungi pihak berkuasa. Lelaki itu didakwa di mahkamah atas tuduhan memusnahkan rekod
elektronik bagi mengelakkan ia daripada dijadikan bukti di mahkamah dan
tuduhan mencabul kehormatan wanita.
Namun, mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan
selepas dia didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin itulah sebabnya dalam Islam, wanita disuruh menutup aurat. Untuk menyelamatkan daripada lelaki yang 'di dalam hatinya ada penyakit' seperti di atas.
No comments:
Post a Comment