Thursday, December 04, 2014

Rasuah: Sistematikkan! M'sia Ketinggalan 10 Tahun -NOW


KL: Kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengukur tahap rasuah menunjukkan Malaysia telah ketinggalan jauh lebih 10 tahun dalam usaha anti-rasuah berbanding masyarakat antarabangsa, kata Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Oleh yang demikian, katanya dalam satu kenyataan NOW menggesa SPRM untuk memulakan usaha menilai tahap rasuah secara sistematik dengan segera dan NOW sedia berbincang dan bekerjasama dengan SPRM agar Malaysia mempunyai kayu ukur tahap rasuah yang boleh digunapakai secara tepat dan telus.

Oleh itu maka tidak hairanlah persepsi sinis rakyat percaya bahawa kegiatan rasuah masih berleluasa di Malaysia dan bagaimana rakyat hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah. 

Ini jelas dinyatakan melalui Laporan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) 2013 oleh Transparency International yang menyenaraikan...
  • Malaysia di tangga ke-53, ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah
  • Singapura (5), 
  • Emiriyah Arab Bersatu (26), 
  • Qatar (28), 
  • Bhutan (31), 
  • Taiwan (36) 
  • dan Brunei (38).
(IH)

Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment