NEW YORK: Ribuan mengadakan perarakan di New York dan Washington Amerika Syarikat pada Sabtu dalam satu tunjuk perasaan bagi menuntut keadilan terhadap insiden menembak mati seorang remaja lelaki kulit hitam oleh anggota polis berkulit putih.
Perarakan yang turut diadakan di Boston dan California itu adalah antara perhimpunan terbesar yang diadakan untuk tujuan itu yang tercetus ekoran insiden menembak mati remaja Michael Brown, 18, di Ferguson, Missouri pada 9 Ogos.
Tindakan para juri untuk tidak mendakwa pegawai polis yang bertanggungjawab keatas kematian Brown dan insiden mencekik Eric Garner seorang bapa beranak enam di New York Julai lalu mencetuskan bantahan bermingu-minggu lamanya.
Sebahagian kawasan Manhattan di New York dan Pennsylvania Avenue di Washington juga terpaksa ditutup berikutan tunjuk perasaan itu. Tunjuk perasaan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda, berkeluarga dan berusia.
“Saya tidak boleh bernafas” adalah kata-kata terakhir diucapkan mendiang Garner, ketika polis sedang bergelut untuk menahannya kerana menjual rokok tanpa cukai di Staten Island, New York.
Kematiannya dan Brown membangkitkan perasaan marah masyarakat terhadap pihak polis di Amerika Syarikat terutamanya masyarakat kulit hitam yang merasakan diri mereka menjadi sasaran terhadap pelaksanaan undang-undang.
Lihat juga..
- Rusuhan Ketegangan Kaum Tercetus Seluruh AS.
- AS: Rusuhan Kaum Berterusan, 1 Lagi Pemuda Kulit H...
- AS: 2,000 Askar Kawal Rusuhan Kaum Ganas Di Fergus...
- Api Dalam Sekam, Berulangnya Perkauman Di AS
- Polis Pembunuh Remaja Kulit Hitam Ferguson Berhent...
- Sambungan Tunjuk Perasaan Perkauman Kembali Gegar ...
No comments:
Post a Comment