Wednesday, December 24, 2014

Sekolah, Melancong Sambil Belajar Bila Kembali Sudah Mengandung..

 

APA rasa tujuh ibu dari Bosnia-Herzegovina ini.. Anak perempuan mereka pergi melancong sambil belajar bersama sekolah bulan lalu, tetapi bila kembali didapati anak mereka sudah mengandung.

Insiden itu dialami salah satu sekolah Bandar Banja Luka ketika mengajak murid study tour ke Ibu Kota Sarajevo selama hampir seminggu. Bila ditilik agenda kegiatan ini, murid-murid mendatangi muzium dan tempat sejarah. Tapi hasilnya, daripada 28 pelajar puteri yang ikut serta, tujuh positif hamil.

Rupanya pelajar tersebut sibuk 'belajar' perkara lain berbanding sejarah. "Orang tua mereka marah, menuntut lemahnya pengawasan guru ," tulis laporan Daily Mail, Isnin (22/12).

Bagi doktor pakar sakit puan Senad Mehmedbasic, fenomena seks bebas di Bosnia semakin menjadi-jadi. Khususnya di kalangan pelajar usia 13 hingga 15 tahun. Itulah penyebab yang berakhir demgan maksiat.
 

"Menurut saya sudah tiba masanya orang tua dan sekolah di Bosnia memberi hidangan khusus untuk pendidikan seks," kata Senad.

Koordinator Badan Kesihatan Reproduksi Bosnia Nenad Babici menilai kes hamil di luar nikah ini bukan kesalahan pelajar. Terlalu lama isu pendidikan seks diketepikan oleh masyarakat majoriti muslim di negara bekas pecahan Serbia itu.

"Itu akibat bila orang tua tidak mengawasi anaknya." tuturnya.


Itulah bahayanya pergaulan bebas dan terbabas. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails