SABAK BERNAM, 18 DIS: Pelaksanaan hukum
hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan
keadaan semasa negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata berbeza dengan Kelantan, perlaksanaan Hudud di Selangor memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan.
Katanya, pemahaman dalam perkara
berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan kepada masyarakat perlu
dilakukan supaya ianya difahami sepenuhnya dan tidak disalah ertikan.
“Di Selangor, saya kira kita masih lagi
belum bersedia kerana yang penting untuk melaksanakannya ialah memahami
sepenuhnya berhubung perkara ini.
“Pendidikan kepada masyarakat bukan
sahaja kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam itu sendiri. Mereka
kena faham kenapa kita (PAS) nak bawa syariat Islam ini,” katanya yang
juga Bendahari PAS Selangor.
Sebelum itu di Kuala Lumpur Datuk Dr Ahmad Yunus berkata, sistem pendidikan bersepadu yang bercitrakan agama Islam semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa di Selangor. Ia adalah satu perkembangan baik bagi dunia pendidikan, seperti lapor Selangor Kini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hudud, mungkin itulah bedanya antara negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang), walaupun sudah berpenggal-penggal memerintah. (IH)

No comments:
Post a Comment